Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 20 Februari 2013

Memang bagus - Fandi

20 Februari 2013 (19 Februari 2013)


Fandi Ahmad

JOHOR BAHRU - Skuad Kebangsaan wajar meletakkan kerisauan terhadap kelibat Lions XII dalam misi mempertahankan emas di Sukan SEA 2013 di Myanmar pada Disember ini. 

Pendapat itu disuarakan oleh bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad yang menyifatkan skuad kebangsaan negaranya itu bukan sahaja bagus, namun mempunyai disiplin yang tinggi.

Fandi yang juga ketua jurulatih Johor Darul Takzim berkata, kebanyakan pemain skuad Lions XII yang beraksi dalam Liga Malaysia merupakan barisan pemain sama yang akan beraksi mewakili Singapura pada temasya sukan dwi tahunan itu.

"Mereka memang bagus biarpun rentak persembahan mereka dalam Liga M tidak dipamerkan secara menyeluruh. Namun, mereka mempunyai semangat bersatu dan disiplin yang tinggi dalam mengharungi setiap cabaran yang mendatang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berhubung penyertaan Lions XII dalam Liga Malaysia yang dikatakan memberi kelebihan buat skuad kebangsaan negara jiran itu mempersiapkan skuad kebangsaan yang mantap untuk menghadapi Sukan SEA nanti.

Menurut Fandi, semangat dan disiplin yang ada pada Lions XII wajar dicontohi oleh pasukan-pasukan lain selain berusaha mempamerkan mutu permainan yang terbaik. 

Dalam pada itu, ujar Fandi, pasukan Lions XII dikhabarkan akan membuat rombakan bagi memantapkan pasukan untuk berjuang pada Sukan SEA itu nanti. 

"Difahamkan mereka akan membuat rombakan pada April nanti di mana mereka akan meletakkan hanya dua atau tiga pemain senior manakala selebihnya adalah pemain bawah 23 tahun," katanya. 

Mengulas mengenai pertemuan menentang Lions XII di gelanggang sendiri hari ini, Fandi berkata, Johor DT harus menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk meraih tiga mata penuh. 

Katanya, meskipun kapten pasukan, Safiq Rahim masih belum pasti dapat diturunkan akibat kecederaan, namun anak buahnya cukup bersemangat untuk menundukkan Lions XII. 

"Lions XII merupakan pasukan yang hebat dan oleh sebab itu kita tidak boleh lalai dan menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130219/su_01/Memang-bagus---Fandi#ixzz2LRh8rX2W
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...