Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 20 Januari 2013

Sehangat Asmara : Awie & Adira Duet Semula ‘Ratuku’

20 Januari 2013 (18 Januari 2013)

Awie & Adira

Mungkin sebelum ini kita hanya dengar lagu ‘Ratuku’ dinyanyikan oleh penyanyi rock, Awie sahaja. Akan tetapi untuk drama terbaru terbitan Astro yang berjudul ‘Sehangat Asmara’ lakonan Rita Rudaini dan Adi Putra, lagu Ratuku ini telah dinyanyikan dengan versi baru di mana ia telah menampilkan Adira sebagai penyanyi tambahan.
Nampaknya keserasian Awie dan Adira dalam membawakan lagu ini adalah sangat sesuai dan vokal kedua-dua penyanyi ini sangat mantap tatkala menyanyikan semula lagu Ratuku 2013 ini dengan versi duet.
Untuk makluman, drama ‘Sehangat Asmara’ akan mula ditayangkan pada 21 Januari ini pada setiap hari Isnin hingga Rabu, bagi menggantikan drama bersiri ‘Adam dan Hawa.’
Jom layan video klip ‘Ratuku 2013′ selepas ini. Enjoice!!
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...