Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 12 Januari 2013

‘Saya akan berjuang’

12 Januari 2013

SULTAN Ahmad Shah mahu pastikan bola sepak negara berada pada tahap terbaik di peringkat Asia.


“SAYA pejuang dan saya akan berjuang untuk pembangunan bola sepak Malaysia.”
Demikian titah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (gambar kecil) ketika diminta mengulas desakan pihak tertentu supaya baginda meletakkan jawatan dalam badan induk bola sepak negara.
Desakan tersebut timbul berikutan prestasi pasukan kebangsaan yang merosot sejak kebelakangan ini terutama ketika pusingan separuh akhir Piala Suzuki AFF tahun lalu.
Sultan Ahmad Shah bertitah, terdapat banyak keutamaan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki mutu pasukan negara supaya tidak ketinggalan khususnya di pentas Asia.
“Kita tidak mahu ketinggalan. Kita perlu berusaha dan memberi harapan baharu kepada para pemain. Untuk tujuan itu, saya akan memikul tanggungjawab sebagaimana diberikan.
“Saya mahu baiki kedudukan bola sepak kita di Asia. Ia adalah sukan yang penuh dengan persaingan. Dalam bola sepak, ada menang dan ada kalah.
“Mungkin nasib (pasukan) kita tidak baik ketika ini. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima memorandum sokongan daripada kira-kira 100 ahli Badan Bertindak Menyokong Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden FAM di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuantan, Pahang semalam.
Tambah Sultan Ahmad Shah lagi, baginda tidak akan berputus asa untuk terus berusaha memajukan sukan bola sepak di negara ini.
Sementara itu, Pengerusi badan bertindak tersebut, Hafizan Hassan berkata, pihaknya akan terus menyokong Sultan Ahmad Shah untuk menerajui FAM.
“Kami yakin Sultan Ahmad Shah mampu memimpin FAM dengan baik. Tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menyalahkan baginda setiap kali skuad negara tewas.
“Isu ini juga dilihat sebagai cubaan untuk menyerang kewibawaan baginda dan kita amat tidak bersetuju dengan desakan seperti itu,” tegas beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2HkULrkEr 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...