Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 25 Januari 2013

Misi besar Fandi, Azmi

25 Januari 2013 (24 Januari 2013)


Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) dan Johor yang memulakan kempen saingan pusingan pertama kalah mati Piala FA meletakkan sasaran mencipta kemenangan bagi memburu slot ke pusingan seterusnya di laman sendiri, hari ini.
Bermula di Pasir Gudang, Johor menerima kunjungan pendahulu liga, Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), petang ini manakala di Stadium Larkin giliran Johor DT melayani Perak pada sebelah malam.

Yang pasti dua pengendali skuad Harimau Selatan dan Merah Biru, Fandi Ahmad dan Azmi Mohamad sudah bersedia dengan strategi ampuh menyekat pelawat yang turut berazam meleburkan cabaran tuan rumah.
Fandi dilihat tidak mahu kesebelasan utamanya beraksi dalam tekanan sebaliknya mahu mereka mengikut arahan taktikal dan mengulangi kejayaan menewaskan Perak, 1-0 ketika saingan Liga Super bagi memastikan laluan ke pusingan kedua tidak disekat.

“Buat masa ini hanya Mohd Faizal Mansor yang mengalami kecederaan namun saya akan putuskan sama ada dia diturunkan atau tidak pada sesi latihan petang ini (semalam) malah saya juga tidak teragak-agak melakukan rombakan kecil pada saat akhir bagi memantapkan barisan utama.

“Apapun saya tidak mahu pemain beraksi dalam tekanan. Mereka perlu bermain dengan tenang tanpa kesilapan dan memberi sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan kerana saya mahu elak masa tambahan,” kata Fandi.
Pengendali skuad Merah Biru, Azmi optimis menumbangkan skuad Tok Gajah buat kali kedua selepas melakukannya ketika saingan Empat Penjuru, baru-baru ini walaupun terpaksa melupakan khidmat Andre Francisco Da Silva yang masih dibelenggu kecederaan.

“Kami pernah tewaskan Pahang, 3-0 dan tidak mustahil melakukannya pada saingan Piala FA malah aksi di sebelah petang akan digunakan sepenuhnya bagi memerangkap lawan tatkala saya mendapat kembali Mohd Izuan Jarudin dan Jasazrin Jalamudin dalam kesebelasan utama.
“Moral pemain Johor begitu tinggi dan akan berusaha lebih 100 peratus untuk mencipta kemenangan, sekalipun kami bukan pasukan pilihan,” kata Azmi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...