Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 27 Januari 2013

Aidil puas bantu kemaraan Johor DT

28 Januari 2013 (27 Januari 2013)


JOHOR BAHRU - Tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak sekali lagi menjadi penyelamat skuad yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang, Johor Darul Takzim, ketika pasukan Harimau Selatan itu buntu mencari gol kemenangan dalam saingan Liga Malaysia.

Kelmarin, pada saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, dia mencipta kemenangan buat Johor Darul Takzim apabila menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-59, hasil sepakan sudut Safiq Rahim.

Pada 11 Januari lalu, Aidil turut menjaringkan gol kemenangan Johor Darul Takzim ketika menewaskan Perak dalam aksi Liga Super apabila bermain di tempat sendiri buat pertama kali.

Aidil nyata gembira dengan gol kemenangan yang disumbang, sambil menyifatkan ia adalah hasil komitmen tinggi serta kerjasama pasukan barunya yang kini sudah mula menunjukkan keserasian. Selain itu, pesanan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga sentiasa diingat.

"Tunku Ismail selalu berpesan, pemain nama bukan di belakang tetapi di depan iaitu kita perlu bermain secara berpasukan dan bukannya individu, lagipun ini adalah bola sepak," katanya yang berharap kemenangan berterusan untuk Johor Darul Takzim.

Sementara itu Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad menyifatkan satu gol yang diperoleh pasukannya bagi melayakkan mereka mara ke pusingan kedua Piala FA cukup melegakan, sekali gus berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

Menurutnya, pada perlawanan itu, skuad Harimau Selatan jelas menguasai babak kedua, malah dilihat mula membuka lebih ruang kepada bahagian serangan sehingga menyukarkan skuad Seladang menyekat kemaraan mereka.

Berbanding babak pertama, persembahan anak buahnya mudah dibaca pasukan lawan terutamanya apabila berdepan dengan pemain import tinggi lampai, Rafael Souza Silva yang nyata cemerlang menjaga pertahanan pasukan Perak, katanya.

Namun, dalam kegembiraan mencapai kemenangan menewaskan Perak, Fandi turut mengakui, pasukannya masih mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya komunikasi dalam kalangan pemain yang disifatkan masih tidak baik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130127/su_06/Aidil-puas-bantu-kemaraan-Johor-DT#ixzz2JFYncz7p
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...