Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 9 Disember 2012

Piala AFF Suzuki: Thailand Ikat Malaysia Seri 1-1

10 Disember 2012


SERI... Pemain Thailand gembira setelah berjaya menjaringankan gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Ahad. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad bakal menyaksikan saingan kedua di Bangkok nanti sebagai perlawanan 'hidup mati' skuad negara.
Aksi bertenaga anak buah Datuk K Rajagobal pada separuh masa pertama gagal mencuri sebarang gol walaupun mereka dilihat lebih menguasai permainan.
Harimau Malaya memulakan aksi garang di depan hampir 70,000 penonton yang hadir dengan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal perlawanan.
Manakala pasukan Thailand yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer mempamerkan aksi berhati-hati memandangkan keadaan padang yang sedikit licin.
Turun selaku juara Kumpulan A, pasukan Gajah Putih itu telah melakukan serangan di luar kotak penalti dengan percubaan berbahaya daripada Asul Lonso pada minit ke-11, namun berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Harimau Malaysia bangkit dengan corak permainan yang lebih agresif mencari gol dan hantaran Mahali Jasuli ke depan pintu gol berjaya ditanduk sempurna Norshahrul pada minit ke-48 sekali gus mendahului satu jaringan.
JARINGAN PERTAMA...Norshahrul Idlan Talaha menanduk masuk jaringan pertama pasukan Harimau Malaya ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama diantara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012.
Namun kedudukan satu gol yang dikutip skuad Harimau Malaya tidak bertahan lama apabila tandukan Teerasil Dangda mengenai tiang gol sebelah dalam sebelum bola keluar sekali gus menyamakan kedudukan pada minit ke-79.
Penjaga Gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias melihat sudut jaringan selepas pemain Thailand, Teerasil Dangda menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kedudukan seri satu sama mengakhiri perlawanan pertama ini dan pastinya selepas ini bakal menyaksikan percaturan baru kedua-dua pasukan pada aksi separuh akhir kedua nanti.
Apa jua percongakan yang bakal diambil oleh Rajagobal selepas ini, keputusan menang amat diperlukan bagi melengkapkan siri ke final nanti.
SENARAI PEMAIN
MALAYSIA: Mohd farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammuddin Mohd Akil, Baddrol Bakthiar, Mohamad Fadhli Mohd Shaas
THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Panupong Wongsa, Theerathon Bunmathan, Chonlatit Jantakan, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lohsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...