Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 9 Disember 2012

'Misi berliku'

10 Disember 2012


Mat Yo (kiri) diasak pemain Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Hasriyasyah SabudinMat Yo (kiri) diasak pemain Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
Jaringan Mat Yo belum cukup jadi bekalan selesa di Bangkok, Khamis ini 

Kuala Lumpur: Masih terbuka. Itu rumusan mengenai peluang skuad Harimau Malaya untuk mara ke final Piala Suzuki AFF 2012 biarpun hanya seri 1-1 dengan Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. 


Kejayaan penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mengotakan janji untuk menamatkan kemarau gol menerusi jaringan pendahuluan pada minit ke-48 bagaimanapun berjaya disamakan penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda minit ke-78. 


Kini, ranjau penuh berliku menunggu skuad negara apabila turun menentang Gajah Perang dalam perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis ini ketika digamit misi getir - harus menang untuk layak ke final. 

Di atas padang basah selepas hujan lebat, kelancaran serangan kedua-dua pasukan terbatas namun Thailand memulakan ancaman awal pada minit ke-11 menerusi rembatan luar kotak penalti pemain tengah, Adul Lahsoh yang berjaya ditepis keluar penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias. 

Peluang terbaik Malaysia pula hadir pada minit ke-33, namun sepakan percuma kapten, Safiq Rahim dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan. 

Gol Mat Yo gamit stadium 
Namun hanya tiga minit selepas babak kedua bersambung, 85,000 penyokong Harimau Malaya gamat apabila Mat Yo berjaya menanduk masuk gol pertama Malaysia selepas menerima hantaran lintang Mahalli Jasuli dari sebelah kanan. 

Terdesak, jurulatih Thailand, Winfried Schafer terus melakukan dua pertukaran, minit ke-58 dan 63. 

Mat Yo hampir menambah jaringan buat Malaysia pada minit ke-63, namun rembatannya dari sebelah kiri kotak penalti sempat ditepis oleh Kaw in tat ka la percubaan pemain gantian Thailand, Apipoo Suntornpanavej dari luar kotak penalti ditumbuk baik oleh Farizal, minit ke-66. 

Jurulatih Malaysia, Datuk K Rajagobal melakukan dua pertukaran serentak pada minit ke-74, Safee Sali dan S Kunanlan menggantikan Amar Rohidan dan Baddrol Bakhtiar, sebaliknya Thailand pula berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil tandukan kemas Teerasil empat minit kemudian. 

http://subscription.nstp.com.my/ 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...