Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 16 Disember 2012

Kami percaya Rajagobal

17 Disember 2012 (16 Disember 2012)

K. Rajagobal

KUALA LUMPUR -Tidak berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF bukan tiket untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghukum jurulatih Datuk K. Rajagobal malah mereka tetap yakin dengan kemampuannya.
Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, FAM percaya dengan kemampuan jurulatih berusia 56 tahun itu untuk mengemudi skuad kebangsaan meraih beberapa kejayaan.

"Semua pihak tidak seharusnya menyalahkan Rajagobal di atas kegagalan mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF selepas beliau berjaya meraih kejuaraan tersebut buat kali pertama untuk negara dua tahun lalu," katanya.
Jelasnya, Rajagobal yang terikat kontrak dengan FAM sehingga Disember 2013 harus diberi sokongan, sambil menyifatkan pencapaian jurulatih itu sebelum ini harus diambil kira oleh semua pihak.

"Disebabkan satu kegagalan kita hendak buang Rajagobal, sedangkan beliau banyak berjasa kepada skuad Harimau Malaya. Kita perlu terus memberi sokongan kepada jurulatih tersebut selepas menjulang pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010.

"Rajagobal kekal sebagai jurulatih kebangsaan sebagaimana kontraknya akan berakhir pada Disember 2013 ini," katanya.

Malaysia tersekat di separuh akhir Piala Suzuki 2012 selepas tewas kepada Thailand dengan agregat 3-1.
Kata Azzuddin, peminat harus memahami konsep mempertahankan kejuaraan adalah sukar berbanding memenanginya.

"Saya yakin terhadap Rajagobal dalam usaha memburu slot automatik di Piala Asia 2015 akan datang.
"Beliau masih ada tugas bersama skuad kebangsaan iaitu menghadapi kelayakan Piala Asia pada tahun depan."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121216/su_01/Kami-percaya-Rajagobal#ixzz2FHYAvzFh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...