Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 4 Disember 2012

Elak rasa tertekan

05 Disember 2012



DUA pegawai perubatan Harimau Malaya sedang meneliti 
kecederaan yang dialami Wan Zack (tengah).


BAHANG pertemuan antara Harimau Malaya dengan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 semakin dirasai apabila kedua-dua pasukan selaku tuan rumah bersama kejohanan bakal bertembung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Biarpun skuad kendalian Datuk K. Rajagobal tampil selaku juara bertahan piala tersebut, Thailand tetap dianggap pasukan pilihan untuk melangkah ke final pada edisi tahun ini.
Selepas menyaksikan persembahan cemerlang apabila muncul juara Kumpulan A dengan memungut sembilan mata, jurulatih skuad negara Gajah Putih itu, Winfried Schafer melaungkan amaran awal kepada Harimau Malaya bahawa mereka sudah bersedia untuk merampas kejuaraan yang diraih oleh skuad negara dua tahun lalu.
Begitupun, Rajagobal kekal tenang dan optimis sambil mendedahkan, barisan pemainnya juga telah bersedia untuk mempamerkan aksi cemerlang sebagaimana ketika menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi ketiga peringkat Kumpulan B, Sabtu lalu.
Jelasnya, beliau cukup kenal dengan pasukan negara Gajah Putih itu dan mereka sudah bersedia untuk memberikan tentangan sengit kepada skuad kendalian Schafer.
"Beraksi di tempat sendiri atau lawan tidak memberikan sebarang kelebihan kepada mana-mana pasukan.
"Apa yang lebih mustahak, kita harus melakukan yang terbaik apabila beraksi di laman sendiri.
"Kita cukup mengenali pasukan dan pemain Thailand. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Thailand boleh dikatakan lebih berkualiti dan mereka bermain secara konsisten sama ada dalam aksi persahabatan mahupun pada saingan peringkat kumpulan A.
"Kita tidak tertekan berdepan dengan mereka (Thailand). Saya juga mengingatkan semua pemain agar menikmati perlawanan separuh akhir ini dengan tenang tanpa sebarang tekanan," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Dalam perkembangan lain, Rajagobal mengakui bimbang selepas pemain sayap Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor turut mengalami kecederaan selepas S. Kunanlan, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Shakir Shaari dan Mohd. Safee Sali.
"Mereka mengalami kekejangan otot dan situasi ini agak membimbangkan. Namun, saya berharap agar mereka pulih sepenuhnya dalam masa sehari dua ini."
Bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu kini jelas terdesak untuk mencari pemain yang sesuai bagi menggantikan Kunanlan dan Khyril.
"Dalam kalangan lima pemain yang cedera itu, keadaan Shakir masih diragui.
"Kunanlan, Khyril dan Safee telah menjalani latihan secara berasingan. Lebih membimbangkan, Wan Zack juga berada dalam senarai kecederaan.
"Kami ada satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Polis Diraja Malaysia malam esok (hari ini) bagi menguji keserasian pemain.
"Selain itu, saya perlu fikirkan siapa pemain yang seratus peratus cergas untuk diturunkan pada aksi separuh akhir pertama nanti," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2E8PvSiVc 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...