Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 4 Disember 2012

Aidil tekad sekat Teerasil

05 Disember 2012

KEHEBATAN Teerasil Dangda tidak sesekali menggerunkan barisan pertahanan negara.
Malah penyerang Thailand itu akan dikawal ketat apabila tampil pada separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

“Memang dia adalah pemain berbahaya namun kami sudah mengkaji corak permainan mereka,” kata tonggak pertahanan tengah negara, Aidil Zafuan Abd Radzak.
Menurut pemain berusia 25 tahun itu, dia bersedia untuk merantai pemain terbabit namun segala-galanya bergantung kepada arahan taktikal jurulatih untuk perlawanan itu.

Teerasil di peringkat kumpulan meledak hatrik pertama kejohanan dan jelas menjadi senjata utama skuad Changsuk (Gajah Perang) Thailand dalam merobek gawang negara.

Selain ketajaman Teerasil, Thailand juga mempunyai pemain sayap berbahaya dan mampu mengancam kubu negara.

“Namun saya berharap kami berjaya mempertahankan gawang daripada dibolosi,” tegasnya.

Aidil Zafuan dijangka terus berada di pertahanan tengah negara bergandingan bersama Mohd Fadhli Shas selain Mahali Jasuli dan Zubir Azmi.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...