Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 15 November 2012

Safee tak risau

16 November 2012


PENYERANG Mohd Safee Sali menegaskan tiada masalah dalam pasukan kebangsaan meskipun gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir termasuk yang terbaru sekadar seri 1-1 menentang Hong Kong di laman sendiri kelmarin.
Sebaliknya, penyerang berusia 28 tahun yang menjaringkan gol di Stadium Shah Alam yakin semua pemain akan mempamerkan perwatakan sebenar untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki hujung bulan ini.

“Pemain akan bangkit dan bagi saya tiada masalah dalam pasukan kebangsaan. Saya sudah lama dengan pasukan ini dan yakin pasukan ini dibarisi pemain terbaik di Malaysia,” katanya.
Seri dengan Hong Kong yang ditewaskan di Stadium Mong Kok 3-0 Oktober lalu sekali lagi mencetuskan rasa kurang senang peminat bola sepak tempatan yang menuntut kebangkitan Harimau Malaya selepas tumpas di tangan Vietnam 0-1 dan Thailand 0-2 dalam rangka persiapan terakhir sebelum sepak mula Piala AFF 25 November ini.

Safee menghasilkan gol ke-20 di pentas antarabangsa dan yang kedua dalam tempoh setahun apabila menanduk masuk bola hantaran Amar Rohidan pada minit ke-58 namun Hong Kong menyamakan kedudukan dua minit sebelum permainan tamat menerusi jaringan pemain gantian Lam Hok Hei berikutan kesilapan dilakukan pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Meskipun berjaya menggegar gawang, gandingan Safee dan pemain terbaik kebangsaan tiga tahun berturut-turut, Norshahrul Idlan Talaha tampak masih kurang menjadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...