Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 15 November 2012

Rajagobal kecewa

16 November 2012


PANTAS...Safee (tengah) cuba melepasi penjaga Gol Hong Kong pada perlawanan persahabatan, kelmarin.
PANTAS...Safee (tengah) cuba melepasi penjaga Gol Hong Kong pada perlawanan persahabatan, kelmarin.
DENGAN masa yang semakin suntuk, ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal akhirnya tidak dapat membendung kekecewaan dengan aksi longlai anak buahnya yang hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa kelmarin.

Prestasi yang dipersembahkan skuad Harimau Malaya di Stadium Shah Alam itu langsung tidak menggambarkan perwatakan juara Piala AFF Suzuki sekali gus membuatkan Rajagobal perlu mencari formula terbaik sebelum kejohanan bermula pada 25 November ini.

Janji untuk bangkit selepas dua kekalahan di tangan Vietnam 0-1 dan Thailand 0-2 sebelum ini gagal dikotakan malah yang lebih mengecewakan apabila pemain gagal mempamerkan permainan menarik.
“Hong Kong bermain lebih agresif, rajin dan bertenaga. Pada babak kedua kita bangkit tapi tidak mempamerkan permainan sebenar.

“Perlawanan ini bagus untuk saya melihat karektor beberapa pemain yang saya fikir mempamerkan permainan mengecewakan. Saya akan memberitahu pemain saya tidak puas hati, sekarang masa sudah suntuk dan saya sudah kenal pasti pemain yang tidak akan berada dalam senarai 22 pemain,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan itu.

Satu-satunya peluang untuk skuad kebangsaan mendapatkan kemenangan penyuntik semangat adalah aksi pemanas badan terakhir menentang pasukan kerdil Bangladesh pada 20 November ini di Stadium Shah Alam.
“Perlawanan dengan Bangladesh adalah persiapan terakhir sebelum kejohanan bermula. Selepas itu pemain tidak boleh memberi alasan lagi, mereka perlu bangkit dan bersedia menghadapi perlawanan sebenar,” katanya yang membimbing Harimau Malaya merangkul Piala AFF dua tahun lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih Hong Kong, Kim Pan Gon berkata, pasukannya berhak menang perlawanan itu kerana mencipta lebih banyak peluang khususnya pada babak pertama.
“Pasukan saya layak mendapat keputusan ini walaupun kami berpeluang untuk menang kerana bermain lebih agresif untuk menjaringkan gol,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...