Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 9 November 2012

Rita Rudaini berjaya permohonan bantah perintah kembali taat

10 November 2012



 Rita Rudaini Mokhtar
Rita Rudaini Mokhtar
SUBANG BESTARI - Pelakon Rita Rudaini Mokhtar berjaya dalam permohonannya membantah perintah kembali taat yang difailkan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat membuat keputusan itu, selepas membatalkan permohonan perintah kembali taat oleh Aidil terhadap Rita dengan kos ditanggung oleh Aidil.

Beliau dalam keputusannya berkata, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu atas alasan Aidil tidak menyatakan alamat pemastautin yang tepat di dalam permohonannya itu.

Sebelum itu, Rita memberitahu mahkamah, pihaknya baru dimaklumkan, peguam syarie, Ahmad Nazib Johari yang mewakili Aidil telah menarik diri daripada mewakili Aidil pada 30 Oktober lalu.

Pada prosiding hari ini, Rita diwakili oleh peguam syarie, Mohd Ihsan Mohd  Daud yang hadir bagi pihak peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang tidak hadir kerana mengendalikan kes di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Sementara Aidil tidak hadir buat kali ketiga tanpa alasan dan wakil.

Aidil, 25, memfailkan perintah kembali taat pada 15 Mei lalu supaya Rita, 36, dan dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah yang disediakan oleh Aidil yang terletak di USJ1 di sini.

Pada tarikh tersebut juga, Aidil menarik balik permohonan cerainya terhadap Rita atas alasan ingin berbaik semula.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil.

Mereka tinggal berasingan sejak lima bulan lalu selepas Aidil dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara di sini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...