Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 13 November 2012

Rajagopal kekal positif

13 November 2012



PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengambil sikap positif terhadap teguran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Menurutnya, ia tidak mengganggu konsentrasinya dalam menyediakan skuad kebangsaan yang mantap bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki hujung bulan ini.
“Saya menganggap teguran tersebut sebagai satu cabaran baharu buat kami dan saya menerimanya dengan hati terbuka,” kata Rajagobal.
Rajagobal menyifatkan pandangan Tengku Abdullah harus dilihat daripada sudut yang lebih positif selain menjadikannya sebagai pembakar semangat buat skuad Harimau Malaya agar tampil garang pada Piala AFF Suzuki yang bermula pada 25 November ini.
“Saya menyambut baik teguran Timbalan Presiden FAM (Tengku Abdullah) dan bagi saya ia memberi motivasi kepada kami untuk tampil dengan penuh keyakinan.
“Kami pernah melalui situasi sebegini sebelum ini dan saya tahu apa yang perlu saya lakukan.
“Malah, pengurus Harimau Malaya (Datuk Seri Subahan Kamal) juga menyedari apa usaha yang telah kami lakukan selama ini.
“Lagipun, saya fikir kami masih belum lagi menjalani kejohanan sebenar (Piala AFF Suzuki),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran jersi baharu skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di Kelana Jaya semalam.
Semalam, Tengku Abdullah menegur Rajagobal ekoran kekalahan skuad Harimau Malaya dalam siri perlawanan persahabatan sebelum ini.
Skuad negara tampil dengan persembahan hambar apabila tewas 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 kepada Thailand pada awal bulan ini.
Baginda menasihatkan jurulatih skuad kebangsaan agar memberikan perhatian lebih serius dengan menyenaraikan kesebelasan utama terbaik sebelum mengharungi kempen Piala AFF Suzuki itu nanti.
Mengulas lanjut, Rajagobal memberitahu, beliau berharap peminat-peminat skuad negara sentiasa memberikan sokongan padu dalam usaha untuk meningkatkan prestasi Harimau Malaya.
“Kami memerlukan sokongan daripada semua pihak, namun saya juga ingin jelaskan kepada para peminat bahawa tiada satu pasukan dalam dunia ini berjaya mencatatkan kemenangan berterusan.
“Saya berharap mereka akan sentiasa memandang positif tetapi kami juga memberi jaminan akan mempamerkan aksi terbaik pada Piala AFF Suzuki kelak,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...