Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 24 November 2012

Rajagobal: Najib beri Harimau Malaya tonik luar biasa

25 November 2012 (21 November 2012)


abs2
$entry.content.caption.value
PETALING JAYA - Pasukan Harimau Malaya mendapat suntikan semangat 'luar biasa' menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan bermula Ahad ini, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turun padang menyaksikan sesi latihan skuad negara itu.
  
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal menyifatkan kehadiran Najib di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan seorang perdana menteri Malaysia.
  
Rajagobal berkata kehadiran pemimpin nombor satu negara itu walaupun berdepan dengan jadual harian yang padat dengan memberi kata-kata perangsang akan menjadi azimat terbaik kepada anak buahnya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki.
  
"Kita kena sedar bukan senang untuk Perdana Menteri datang ke sini (Wisma FAM) untuk mengucapkan kata-kata semangat kepada pemain, dan beliau (Najib) ada keyakinan ke atas pasukan dan pemain kita.
  
"Saya mahu pemain ambil berat apa yang Perdana Menteri beritahu (iaitu) kerajaan akan beri sokongan penuh kalau kita berjaya ke peringkat akhir," katanya kepada pemberita hari ini.

Najib, yang diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal, meluangkan masa hampir setengah jam melihat sesi latihan skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Rajagobal.
  
Pada masa sama, Rajagobal turut mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya melupakan episod duka seri 1-1 menentang Bangladesh semalam, sebaliknya memberi fokus sepenuhnya pada kejohanan bola sepak dwitahunan itu.
  
Sementara itu, ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim berikrar di depan Perdana Menteri bahawa skuad Harimau Malaya akan mempamer aksi terbaik pada saingan kejohanan itu bagi mengembalikan semula kepercayaan peminat bola sepak tempatan.
  
"Insya-Allah, kita akan mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia," katanya.
  
Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 Nov sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...