Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 24 November 2012

Piala AFF: Najib yakin Harimau Malaya bangkit

25 November 2012 (21 November 2012)


Najib Tun Razak - AFF Suzuki
Najib Tun Razak (tengah) menerima jersi baru pasukan Malaysia selepas memberi kata-kata semangat di Wisma FAM. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
Najib Tun Razak - AFF Suzuki
Najib Tun Razak (berdiri, tiga kiri) memberi kata-kata semangat kepada pasukan Malaysia yang akan mengharungi cabaran Piala AFF Suzuki. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
DATUK Seri Najib Tun Razak yakin skuad Harimau Malaya mampu bangkit selepas persembahan kurang memberangsangkan pada siri perlawanan persahabatan bagi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012, bermula Ahad ini.
  
Perdana Menteri berkata, apa yang penting, setiap pemain perlu memberi komitmen seratus peratus dan percaya kepada kebolehan masing-masing.   

"Saya yakin dengan pemain dan jurulatih."
  
"Bila kita jatuh kita kena bangun semula. Kalau kita berjaya kita lipat gandakan usaha," katanya ketika memberi amanat kepada Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di Kelana Jaya hari ini.
  
Sebelum itu, beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau latihan skuad negara dan mendengar penerangan daripada pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal dan ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal.
     
Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 November sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.
  
Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
    
Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan tuan rumah Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.
  
Najib berkata, ia merupakan satu kehormatan kepada pemain yang dipilih menyarung jersi Harimau Malaya pada kejohanan itu kerana mereka membawa imej negara.
  
Beliau juga menyifatkan peranan setiap pemain ada persamaan dengan tanggungjawab sebagai perdana menteri.
  
"Bila kita berjaya kita akan disanjung, bila gagal akan dikritik hebat oleh orang ramai,"
  
"Itu cabaran yang perlu dihadapi oleh pemain," katanya.
  
Najib berkata sebagai Perdana Menteri beliau mewakili kerajaan untuk terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dalam saingan kejohanan berkenaan.
  
Beliau percaya rakyat dan peminat bola sepak tempatan akan terus memberi sokongan kepada skuad negara pada kejohanan berprestij di rantau Asean itu.
  
Beliau berkata, jika skuad Harimau Malaya melakar kejayaan pada kejohanan tersebut kerajaan akan memberi insentif kepada mereka.
  
Beliau mendoakan agar skuad Harimau Malaya mencipta kejayaan pada saingan tersebut.
  
Perdana Menteri kemudian menerima jersi baru skuad Harimau Malaya daripada ketua pasukan Safiq Rahim yang tertera nama Najib dan Nombor 11. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...