Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 24 November 2012

Mula dari bawah semula

25 November 2012 (23 November 2012)

Kuala Lumpur: Reputasi sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 tidak lagi membayangi penyerang negara, Safee Sali yang menganggap itu sudah menjadi sejarah baginya. 

Ini adalah kejohanan baru. Walaupun turun dengan reputasi sebagai juara bertahan, kita perlu melupakannya dan bermula dari bawah semula, kata Safee yang kekal menjadi penyerang utama negara dalam skuad Datuk K Rajagobal tahun ini. 

Saya sendiri tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kejayaan merangkul kasut emas edisi lalu, kerana apa yang penting ialah memastikan skuad negara kembali memperoleh kejayaan tahun ini. 


Dua tahun lalu kita langsung tidak mempunyai tekanan apabila tidak diletakkan harapan untuk menang, apatah lagi selepas tewas perlawanan pertama. Bagaimanapun, kali ini berbeza kerana sebagai juara bertahan, tekanan untuk mempertahankannya pasti timbul. 

Bagaimanapun, saya dan rakan-rakan sedar, kejayaan lampau perlu dibuang dari fikiran dan sejarah baru perlu dicipta. Saya yakin dengan persiapan lebih baik kali ini, tidak mustahil untuk kita mengulanginya." 

Safee juga berharap peminat bola sepak tempatan terus memberi sokongan padu kepada skuad negara yang mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri kali ini. 

Jika dulu kita terpaksa mengharungi pelbagai rintangan di Jakarta untuk menjulang piala ini buat julung kalinya, peluang mempertahankannya di laman sendiri patut digunakan sepenuhnya pemain dan juga penyokong, kata Safee. 
Walaupun tewas 5-1 pada perlawanan pertama kepada tuan rumah, Indonesia, skuad kebangsaan bangkit melakar laluan ke separuh akhir dan menggunakan sepenuhnya peluang beraksi di Kuala Lumpur untuk menewaskan Vietnam 2-0 pada separuh akhir pertama dan Indonesia 3-0 pada final pertama. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...