Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 17 November 2012

Azamuddin, Gopi kena gugur

17 November 2012


PEMAIN-pemain negara bermain bola tampar pantai sebagai sebahagian kegiatan ketika menjalani kem bina semangat tiga hari di Pulau Pangkor, bermula semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd Aziz

KUALA LUMPUR - Bayangan 22 pemain Harimau Malaya yang akan menggalas tugas di Piala Suzuki AFF semakin hampir menjelma apabila dua pemain, Azamuddin Akil dan R. Gopinathan menjadi dua pemain terbaru digugurkan dalam senarai pelatih skuad kebangsaan.

Walaupun Azamuddin sering menjadi pilihan utama Rajagobal dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa pada tahun ini tetapi itu bukan satu jaminan buat pemain dari Kuala Lipis, Pahang itu mendapat tempat ekoran prestasi kurang memuaskan dalam tiga perlawanan persahabatan terakhir yang dilalui skuad negara.

Sementara itu, Gopi yang merupakan antara muka baru dalam Harimau Malaya seperti dijangka menjadi sasaran utama digugurkan dan masih banyak memerlukan masa untuk bermain di pentas antarabangsa walaupun berbakat besar.

Pengesahan ketiadaan mereka berdua diketahui selepas Utusan Malaysia menghubungi Azamuddin yang mengesahkan dia dan rakan sepasukannya itu tidak bersama lagi Harimau Malaya.

''Memang benar saya dan Gopi digugurkan pada skuad kebangsaan, memang berasa kecewa tetapi apa boleh buat mungkin setakat ini sahaja rezeki kami berdua dan keputusan jurulatih perlu dihormati.

''Kini, fokus saya adalah kepada pasukan Pahang pada musim depan namun saya mahu berehat dahulu selepas mendapat pelepasan daripada pihak pengurusan PBNP (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang), " katanya ringkas.

Azamuddin yang bermain di posisi sayap kanan juga mampu beraksi selaku penyerang sementara Gopinathan bertindak selaku pemain sayap kiri.

Situasi itu sudah pasti menjadikan Wan Zack Haikal Wan Noor menjadi pilihan utama Raja bermain di posisi sayap kanan sementara S. Kunanlan dijangka terus menjadi harapan di bahagian sayap kiri.

Jika salah seorang berdepan kecederaan, beberapa pemain lain seperti Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha dan Khyril Muhymeen mampu beraksi di posisi sayap.

Ketiadaan kedua-dua pemain tersebut menjadikan senarai pemain yang tinggal kini hanya 24 pemain dengan hanya dua lagi pemain perlu disingkirkan oleh Rajagobal.

Namun, Rajagobal difahamkan hanya mahu menyenaraikan dua sahaja penjaga gol dan peluang penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi Roslan untuk merebut kesebelasan utama dijangka sukar.

Itu menjadikan seorang lagi calon yang akan digugurkan masih kekal misteri tetapi jika melihat senarai pemain yang tinggal, ada kemungkinan salah seorang pemain yang bermain di beraksi bahagian tengah atau serangan akan menjadi mangsa.

Rajagobal sebelum ini ada memberitahu akan mengumumkan senarai akhir pasukan sehari sebelum pertandingan Piala Suzuki AFF bermula pada 25 November ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121117/su_03/Azamuddin-Gopi-kena-gugur#ixzz2CTFyIxsA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...