Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 25 Oktober 2012

‘Status bukan ukuran’

26 Oktober 2012


PEMAIN pertahanan negara, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak tidak menganggap status selaku antara pemain paling senior dalam skuad negara akan memberikannya kelebihan berbanding pemain pertahanan lain dalam merebut tempat kesebelasan utama di Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) penghujung bulan depan.
Menurut bekas kapten skuad negara itu, pengalaman di pentas antarabangsa mungkin sedikit memihak kepada dirinya namun dia tetap menghormati rakan pertahanan lain yang jelas memikat hati pengendali skuad negara, Datuk K Rajagobal yang dipanggil menjalani latihan fasa akhir Harimau Malaya.

Antara pemain pertahanan lain yang dijangka merebut posisi pertahanan tengah adalah Mohd Fadhli Shas, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohd Faizal Muhammad, Rizal Fahmi Ab Rosid serta pemain muda Kelantan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim yang turut mampu beraksi di pertahanan kanan.
“Saya sebenarnya berpegang kepada kata-kata jurulatih (Rajagobal) bahawa prestasi lalu tidak ambil kira kerana yang lebih penting persembahan semasa,” katanya yang menyelesaikan tugasan bersama Angkatan Tentera Malaysia dengan cemerlang apabila melonjakkan pasukan itu bergelar juara Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia.

Malah semangat Aidil membuak-buak selepas tersisih daripada skuad yang menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama berikutan kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament) pada lutut kanannya sebulan sebelum kejohanan terbabit berlangsung.

“Bagi saya, setiap pemain akan merasai kecederaan. Sekiranya sudah ditakdirkan, ia akan terjadi juga. Ia (kecederaan) tidak memberi kebimbangan kepada saya untuk memberikan aksi terbaik dalam tiga aksi persahabatan terakhir selepas ini,” katanya.
Skuad negara yang memulakan sesi latihan terakhir akan menguji kemampuan sebenar menjelang kejohanan dwitahunan yang berlangsung penghujung November ini apabila dijadualkan menentang Vietnam, Thailand dan Hong Kong.

Pada saingan tahun ini, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama-sama Indonesia, Singapura dan Laos bagi mencari dua tempat ke separuh akhir dengan Thailand mengetuai Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Filipina dan Myanmar.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/2

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...