Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 22 Oktober 2012

Johor intai khidmat Safee, Safiq

22 Oktober 2012


JOHOR BAHRU - Johor bercadang untuk mendapatkan khidmat enam hingga tujuh pemain bola sepak kebangsaan bagi menyertai skuad tersebut untuk saingan Liga Malaysia tahun hadapan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat membariskan pemain terbaik bagi skuad Jengking.

Antara para pemain yang disebut-sebut dan berpotensi untuk menyertai Johor termasuk penyerang negara yang kini menyarung jersi kelab Pelita Jaya, Indonesia, Safee Sali; kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim dan pemain kembar, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan Abdul Razak.

Selain itu, antara pemain kebangsaan lain yang turut diintai ialah penggempur berbisa Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha; Mohd. Azmi Muslim dan Indra Putra Mahayuddin.

Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim berkata, perkara tersebut disuarakan sendiri oleh Tunku Ismail pada satu mesyuarat tertutup yang diadakan baru-baru ini.

Ujarnya, kesemua pemain itu nanti akan diberi ganjaran yang setimpal dengan bakat, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang menyertai skuad bola sepak itu.

"Tunku Ismail mempunyai wawasan hebat untuk menjadikan bola sepak sebagai satu bidang profesional dan tidak mahu sia-siakan bakat pemain-pemain handalan Malaysia.

"Tunku juga hendak melihat bola sepak negara lebih kompetitif dan kalau boleh berazam mengekalkan mereka di negara ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121022/su_06/Johor-intai-khidmat-Safee-Safiq#ixzz2A0vn4cqb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...