Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 4 September 2012

Safee tidak kisah siapa gandingan

05 September 2012



Safee Sali (kiri) berlatih bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

PETALING JAYA - "Tiada masalah berganding dengan sesiapa pun". Itu kata penyerang kebangsaan, Safee Sali mengenai bakal pasangannya pada jentera serangan skuad kebangsaan ketika Zaquan Adha Abd. Radzak kembali disenaraikan semula jurulatih Datuk K. Rajagobal.

Rajagobal menyenaraikan penyerang ATM itu dalam skuad kebangsaan yang akan beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Vietnam Selasa ini.

Sejak 2010 Safee dilihat serasi bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha.

Menurut Safee, ia keputusan yang bagus yang dibuat oleh Rajagobal dengan memanggil semula Zaquan dalam skuad kebangsaan kerana bekas penyerang Negeri Sembilan itu mempunyai teknik permainan yang laju.

"Ia akan memberi kelebihan buat pasukan kebangsaan menjelang pertemuan dengan Vietnam nanti," kata Safee yang sedang berehat selepas Liga Super Indonesia musim 2011/12 berakhir yang menyaksikan pasukannya Pelita Jaya menduduki tempat keenam.

Safee dilihat cuba mengekalkan momentum dengan menjalani latihan bersama pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee kelmarin, sebelum melapor diri di latihan pusat skuad kebangsaan hari ini.

"Saya mengambil peluang berlatih bersama skuad Harimau Muda sebelum menyertai kem skuad kebangsaan, lagi pun saingan di Indonesia sudah berakhir dan mereka belum memutuskan bila musim baru akan bersambung.

"Berlatih bersama Harimau Muda sangat penting kerana saya mahu membuat persiapan rapi menjelang saingan Piala Suzuki AFF November ini serta persiapan menentang Vietnam," kata bekas penyerang Selangor itu.

Penyerang berusia 28 tahun itu juga mengakui bahawa persiapan yang dilakukan skuad kebangsaan di Austria bulan lepas juga sedikit sebanyak memberikan kesan kepadanya serta rakan-rakan yang lain.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...