Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 4 September 2012

Ayu Raudhah sambung cuti

05 September 2012 (04 September 2012)



SUDAH lama tak mendengar cerita adik kepada pelakon sensasi Rozita Che Wan ini. Selain sudah membawa imej seorang muslimah, Ayu Raudhah khabarnya kini sedang bercuti panjang.

Bertanya khabar terbarunya menurut Ayu walaupun kini bertudung rezekinya di dalam bidang lakonan tetap seperti dahulu.

"Alhamdullilah, tawaran berlakon tetap seperti dahulu, mungkin sewaktu tidak bertudung dulu saya sering melakonkan watak muslimah, jadi apabila bertudung terus kini nampaknya tidak ada masalah untuk saya.

"Memandangkan ini keputusan saya sendiri, suami juga menyokong penuh perubahan saya ini," katanya.
Bercuti sepanjang bulan Ramadan lalu, menurut Ayu dia kini mengambil keputusan untuk menyambung cuti kerana mahu memberi fokus buat keluarga.

"Mungkin akibat terlalu bekerja keras, saya mengalami keguguran.

"Memandangkan saya dan suami sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, rasanya adalah lebih baik untuk saya mengambil cuti buat masa ini," jelasnya yang meminta peminatnya berdoa agar keinginan memiliki cahayamata akan menjadi kenyataan.

Ditanya sama ada merancang untuk membuat rumah terbuka buat peminatnya, pelakon ini menjelaskan dia kini masih berseorangan memandangkan suaminya, Mohd. Zaquan Adha sedang sibuk dengan perlawanan bolasepak.

"Saya sudah membuat rumah terbuka sebenarnya cuma di rumah keluarga saya di Kedah.

"Buat masa ini saya tidak merancang untuk membuat rumah terbuka memandangkan suami saya juga masih sibuk berada di luar kawasan," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...