Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 13 Ogos 2012

Suami Suka Saya Bertudung – Ayu Raudhah

14 Ogos 2012


Mungkin tahun ini telah menjadi tahun dimana ramai selebriti-selebriti kita berhijrah. Bukan setakat Abby Abadi, malah selebriti seperti Diyana Amir dan juga Irma Hasmie turut memilih tahun ini untuk memakai tudung.
Terbaru, isteri kepada Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah telah mengesahkan bahawa dia sudah mula bertudung. Menurut laporan Media Hiburan hari ini, Ayu Raudhah sebenarnya sudah lama mahu bertudung. Namun hatinya betul-betul terdetik pada Ogos lalu selepas pulang dari mengerjakan umrah.
“Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini.” – dipetik dari Media Hiburan
Mungkin ini salah satu dari berkat bulan Ramadhan yang mulia. Semakin hari, semakin ramai selebriti yang memilih untuk memakai tudung. Sebagai selebriti, mereka memberikan contoh yang baik kepada para orang ramai samada peminat mahupun penonton sahaja.
Dalam pada itu, beberapa hari lepas kita turut dikejutkan dengan berita Nurul Syuhada Nurul Ain yang juga telah mula berhijab. Untuk pengetahuan, Nurul Syuhada Nurul Ain adalah pengacara untuk stesyen televisyen tempatan, TV3.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...