Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 13 Ogos 2012

Ayu Raudhah Sahkan Kini Bertudung

14 Ogos 2012


Berkat kemuliaan bulan Ramadhan mungkin, beberapa orang selebriti Malaysia mengambil keputusan untuk terus melakukan perubahan positif dalam hidup mereka.

Jika minggu lalu kita di’khabarkan dengan berita Nurul Syuhada Nurul Ain yang kini sudah sah kembali bertudung, hari ini ada khabar gembira datang dari Ayu Raudhah.

Media Hiburan online hari ini melaporkan yang pelakon dramaGemersik Kalbu ini sudah pun mengesahkan yang beliau kini telah pun bertudung sepenuh’nya.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru kini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini,” ujar Ayu Raudhah.

Ura ura mengatakan Ayu Raudhah kini sudah bertudung timbul semalam apabila Kosmo! menulis yang isteri kepada Zaquan Adha ini meminta tudung untuk sessi fotografi.

Sebelum ini pun, ramai peminat hiburan suka jika Ayu Raudhah tampil bertudung dalam mana mana drama lakonan beliau & kini imej tersebut akan kekal dengan beliau.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...