Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 25 April 2012

Rajagobal cari barisan bayangan lebih mantap

26 April 2012


BAYANGAN barisan pemain yang menggalas cabaran negara untuk mempertahankan Piala AFF penghujung tahun ini akan diturunkan bagi menghadapi aksi persahabatan menentang dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dan Arsenal pada Julai ini.
Ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal berkata, beliau akan mendapat pemain terbaik pada tempoh itu kerana tiada pemain yang terikat dengan mana-mana saingan termasuk Piala AFC sekali gus memberi peluang terbaik kepadanya membentuk kombinasi mantap.

“Kita akan tengok, mungkin 20 atau 30 pemain bayangan untuk Piala AFF akan dikumpul menentang Arsenal dan City,” katanya selepas sidang media mengumumkan aksi persahabatan menentang City, semalam.
Tambahnya, perlawanan terbabit adalah peluang terbaik kepada pemain menimba pengalaman apabila menentang barisan pemain terbaik dan peluang itu tidak akan selalu hadir.

“Kita perlu berfikiran positif daripada mengatakan perlawanan ini tidak sesuai atau sebagainya. Mereka mungkin hadir ke sini kerana menyedari kemudahan yang terdapat di Malaysia dan mungkin terdapat peningkatan yang dipamer Harimau Malaya, ini sebenarnya satu penghormatan,” katanya.

Rajagobal turut menolak menggunakan khidmat pemain import yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia kerana menganggap saingan kompetitif perlu diberikan kepada pemain tempatan dan menaruh keyakinan kepada mereka.

Sementara itu mengenai aksi persahabatan menentang Sri Lanka Sabtu ini, Rajagobal berkata, sasaran utama pasti untuk mencatat kemenangan kerana ia penting bagi memulakan rentak kemenangan.

“Saya mahu pemain utama yang sering berada dalam pasukan mempamerkan peningkatan dan lebih bertanggungjawab ketika menentang Sri Lanka. Ia pesanan saya dan tiada yang lain, saya sangat serius,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...