Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 25 April 2012

Man City sah ke Kuala Lumpur

26 April 2012

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City mengesahkan kehadiran buat pertama kali ke Malaysia untuk aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Julai depan. 

City adalah kelab EPL kedua memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi jelajah pra-musim 2012/13 selepas Arsenal mengesahkan pertemuan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 24 Julai, juga di gelanggang sama.
Namun Rajagobal tidak berhasrat menyelitkan beberapa pemain import yang menyinar dalam liga tempatan seperti Francis Forkey Doe (Terengganu), Mohammad Ghaddar (Kelantan), Effa Owona (Negeri Sembilan), Patrick Ronaldinho Wleh (Sime Darby) mahupun dua import Selangor, Bosko Balaban dan Ramez Dayoub bagi dua pertemuan itu.
“Saya fikir, lebih baik kita gunakan 100 peratus pemain tempatan. Ini peluang untuk mereka. Kita kena lebih yakin dengan pemain kita sendiri. Mereka inilah yang akan memikul tanggungjawab negara. 

“Untuk aksi persahabatan pada Jun (bertemu Filipina dan Singapura) serta Julai (Arsenal dan City), saya akan dapat kumpul pemain terbaik kerana tiada gangguan Piala FA atau Piala AFC ketika itu,” kata Rajagobal selepas sidang media pengumuman jelajah City itu di Seri Kembangan, semalam. 

Ditanya faedah perlawanan menentang dua kelab handalan England itu, Rajagobal berkata: “Daripada kita tiada perlawanan pada bulan Ramadan, saya kira ini kesempatan terbaik untuk pemain belajar satu dua perkara daripada pemain bertaraf dunia. Kita kena berfikiran positif.” 

Sementara itu, Ketua Pegawai Penjenamaan & Komersial City, Ian Cafferky berjanji skuad kendalian Roberto Mancini akan hadir dengan barisan pemain utamanya sambil sedar penyokong mereka di Malaysia tidaklah seramai penyokong Manchester United, Arsenal, Chelsea atau Liverpool. 
“Kami tahu penyokong EPL ramai di rantau Asia Tenggara dan ini permulaan untuk kami membina asas penyokong City di sini. Saya juga percaya sebagai pasukan kebangsaan, Malaysia mampu beri tentangan yang hebat nanti,” kata Cafferky.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...