Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 23 Januari 2012

Rita Rudaini Hadir Di Mahkamah Syariah Lantik Peguam

23 Januari 2012


Pelakon Wanita Rita Rudaini hadir ke mahkamah, sedang berbincang bersama peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain di Mahkamah Syariah, Shah Alam, pada Jumaat. -Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Pelakon popular, Rita Rudaini pada Jumaat hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berhubung dua anak mereka.
Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada pukul 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Rita dan Mohd Zaidi dilihat memasuki sebuah bilik untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai mahkamah dan keluar kira-kira 40 minit kemudian.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Mohd Zaidi berkata Rita hadir di mahkamah bagi urusan pelantikan beliau sebagai peguamnya secara rasmi.
Beliau berkata pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Jan lepas yang diterima oleh Rita pagi semalam.
“Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.
“Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian,” katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.
Sementara itu, Rita berkata beliau menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem.
Pelakon itu berkata beliau bagaimanapun tidak terkejut menerima surat berkenaan.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Media sebelum ini melaporkan rumahtangga pasangan suami isteri itu tegang berikutan Aidil Zafuan telah keluar dari rumah mereka di Damansara kira-kira dua minggu lepas. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...