Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 23 Januari 2012

Rita mahu jawab surat Zafuan

23 Januari 2012


SHAH ALAM – Isu surat tuntutan yang diterima pelakon, Rita Rudaini Mokhtar daripada suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak baru-baru ini sebenarnya bukanlah mengenai spekulasi perceraian mereka tetapi ia sebaliknya melibatkan isu anak-anak mereka
Peguam Syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang ditemui di Mahkamah Syariah di sini, semalam berkata, surat bertarikh 11 Januari lalu itu diterima Rita Rudaini, 36, kelmarin.
Bagaimanapun beliau berkata, surat tersebut hanya akan dijawab selepas perayaan Tahun Baru Cina nanti kerana ia memerlukan perbincangan lebih mendalam bersama anak guamnya.
“Saya perlu berbincang lagi bersama Rita, (surat itu) tidak timbul isu penceraian antara mereka, apa yang terbaik adalah sama-sama fikirkan kebajikan anak-anak,” katanya selepas dilantik Rita Rudaini bagi menjawab tuntutan terhadap anak-anaknya oleh Mohd. Aidil Zafuan di sini semalam.
Mohd. Zaidi hadir bersama Rita Rudaini di Mahkamah Syariah di sini kira-kira pukul 3.15 petang untuk mendaftarkan kes mereka berhubung tuntutan tersebut.
Mohd. Zaidi bagaimanapun memberitahu, tuntutan yang dibuat Mohd. Aidil Zafuan tidak perlu didedahkan kerana ia lebih kepada perbincangan keluarga.
“Dalam hal ini, beberapa isu perlu diperbetulkan kerana lebih kepada persepsi akibat daripada unsur-unsur lain dan ia tidak boleh didedahkan buat masa ini bagi meredakan keadaan kedua-dua belah pihak,” katanya.
Kosmo

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...