Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 8 Julai 2011

Lumayan! RM8 juta

9 Julai 2011


pix_gal0
Harimau Malaya, skuad Olimpik dijanji RM2j, TM suntik pelaburan RM6j

ANGKA lumayan - RM2 juta menunggu dua skuad bola sepak negara andai melaksanakan misi - menang pingat emas Sukan SEA, November ini dan mempertahankan Piala AFF Suzuki pada 2012.

Dengan kemajuan terpuji disajikan skuad Harimau Malaya pimpinan Datuk K Rajagobal dan skuad Olimpik di bawah Ong Kim Swee, satu lagi perkhabaran menggembirakan, semalam adalah Telekom Malaysia (TM) dengan tajaan RM6 juta setahun sehingga 30 Jun 2015 dengan peningkatan 10 peratus setiap tahun, serta barangan bernilai RM150,000.
Jelas senario terkini memberi gambaran betapa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan TM mencatat sejarah baru dalam arena bola sepak negara apabila menandatangani perjanjian penajaan selama empat tahun di Wisma FAM semalam.


“Walaupun jumlah ini kecil jika dibandingkan dengan dana yang menyokong pasukan gergasi Asia seperti Jepun (RM120 juta setahun), ia adalah langkah permulaan yang akan menjadi landasan untuk skuad kebangsaan melangkah lebih jauh di peringkat antarabangsa,” titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Menerusi penajaan ini, skuad kebangsaan akan berpeluang mengadakan latihan di luar negara seperti yang dilakukan Harimau Muda di Slovakia. Tajaan ini juga akan membantu FAM menguruskan skuad kebangsaan dengan lebih baik.

“FAM akan menubuhkan satu unit khas bagi menguruskan pasukan kebangsaan, dan saya juga mencadangkan supaya satu yayasan untuk bekas pemain kebangsaan ditubuhkan bagi menjaga kebajikan mereka.” 

Selain tajaan berkenaan, kehadiran TM sebagai rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan juga membuka laluan buat pemain tempatan menyertai kem latihan yang dikendali kelab gergasi Eropah, Manchester United. 
Dua pemain akan dihantar setiap tahun ke kem latihan berkenaan yang akan diadakan sama ada di United Kingdom, atau Dubai. Bagaimanapun butiran lanjut mengenai latihan itu akan ditetapkan kemudian oleh TM dan Manchester United.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...