Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 8 Julai 2011

Kim Swee Uji 11 Pemain Baru Untuk Diserap Dalam Skuad Olimpik

8 Julai 2011


KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee akan menguji 11 pemain dari Liga Malaysia untuk digandingkan bersama 18 pemain dalam skuad Olimpik negara dalam usaha mencari barisan terbaik menentang Chelsea pada perlawanan persahabatan di sini pada 21 Jun ini.
Ong berkata selain menentang pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk menguji 11 pemain tersebut untuk diserap ke dalam skuad Harimau Muda A iaitu skuad Olimpik negara.
"Pemain-pemain baru tersebut boleh diserap dalam skuad Olimpik, asalkan mereka didaftarkan tujuh hari sebelum sesuatu perlawanan," katanya kepada Bernama, di sini, Khamis.
Seramai 11 pemain itu dari pasukan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Sabah, Felda United, Kuala Lumpur, Pahang dan PKNS Selangor akan melaporkan diri untuk latihan pusat bersama skuad Olimpik di Wisma FAM, Kelana Jaya, mulai Isnin ini.
Selepas perlawanan menentang Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada 21 Jun ini, skuad Olimpik akan kembali mengikuti latihan pusat sebelum berlepas ke Slovakia untuk siri latihan dan perlawanan persahabatan dari 23 Julai hingga 28 Ogos ini.
Skuad Olimpik diberi kesempatan untuk menguji Chelsea selepas skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Datuk K.Rajagobal terpaksa memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Singapura bagi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 23 Julai dan 28 Julai ini.
Skuad kebangsaan akan terbabit dalam perlawanan persahabatan menentang dua lagi kelab EPL iaitu Arsenal (13 Julai) dan Liverpool (16 Julai) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam perlawanan kelayakan pusingan Olimpik zon Asia, Malaysia diletakkan dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia selepas mengatasi Pakistan dengan agregat 2-0 pada pusingan pertama sebelum menyingkirkan Lubnan dengan agregat 2-1 pada pusingan kedua.
Dalam undian psuingan ketiga di sini hari ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama Syria, Bahrain dan Jepun.
Skuad bola sepak negara pertama kali layak ke pusingan akhir temasya sukan terbesar dunia itu pada Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972 dan kali terakhir pada Sukan Olimpik Moscow pada 1980. Malaysia bagaimanapun tidak beraksi di Moscow kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan pada ketika itu.
Pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik Beijing 2008, Malaysia berada di tempat ketiga di belakang Syria dan Jepun dalam saingan peringkat kumpulan.
Senarai pemain baru:
Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan), Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah), Mohd Syazwan Mohd Roslan (Perak), Mohd Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Mohd Syazwan Zainon, Azrul Azmi (Felda United), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur), Famirul Asraf Sayuti (Pahang), Mohd Azrif Nasrulhaq, Mohd Khairul Akhyar (PKNS).
Skuad Olimpik:
Abdul Shukor Jusoh, Gary Stevan a/l Robbat, Izzaq Faris Ramlan, Mohamad Amer Saidin, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir, Mohd Irfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi, Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, K. Sasikumar, Syahrul Azwari Ibrahim, A. Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...