Liverpool tanpa kapten, Steven Gerrard dan ayam tambatan baru, Luis Suarez (atas) akan tiba ke tanah air, hari ini untuk membuat kemunculan buat julung kali ke Malaysia.Menurut penganjur, pemain The Reds dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal pagi ini dari Guangzhou, China selepas mengadakan siri perlawanan persahabatan jelajah di sana.
Peminat boleh menyaksikan kelibat pemain pujaan mereka pada sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 7 malam ini.
Bagaimanapun, sesi latihan itu dibuka kepada peminat yang mempunyai pas khas sesi latihan berkenaan sahaja.
Sementara itu, penaja rasmi Liverpool - Standard Chartered dan Courts, masing-masing mempunyai program tersendiri meraikan ketibaan mereka.
Bagi Standard Chartered Malaysia, acara “Standard Chartered Liverpool FC Fanzone” di Pavilon Kuala Lumpur adalah pesta bagi meraikan ketibaan pasukan serta peminat kelab EPL yang bermula sejak Isnin lalu. Antara acara kemuncak ialah penampilan skuad bola sepak itu pada jam 3 petang, esok.
Sementara Courts juga turut mengatur sesi bertemu peminat di premisnya di Setapak dan Cheras juga pada jam 3 petang, hari yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan