Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 23 Februari 2011

Pakistan anggap Malaysia barisan mantap

23 Februari 2011

SESI latihan dua minggu di Thailand menjadi bekalan penting Pakistan menghadapi Malaysia pada pada aksi pertama pusingan kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam ini. 

Jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi berkata, sepanjang dua minggu di Thailand, skuadnya mengadakan empat perlawanan persahabatan yang mana perlawanan terbabit memberi pendedahan berguna kepada anak buahnya menghadapi Malaysia yang disifatkannya pasukan mantap.
“Pemain saya kini dalam dalam suasana bagus serta bersemangat dan kami datang ke sini untuk bertanding serta berusaha untuk memberi tentangan sengit kepada Malaysia,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam.


Pakistan hadir dengan membawa 19 pemain termasuk dua pemainnya yang berpangkalan di Eropah iaitu penjaga gol Yousof Ejaz Butt dari kelab Birkerod IF Skjold, Denmark dan Irfan Khan yang mewakili Kelab Persatuan Bola Sepak Bradford Park Avenue, England. 

Menurutnya, semasa membimbing skuad kebangsaan Pakistan sebelum ini, dia berjaya membawa skuadnya memenangi tiga kejuaraan kejohanan Asia Selatan dan semua itu dicapai atas usaha keras serta disiplin tinggi mereka untuk mencari kejayaan. 

Mengenai insiden dua pemainnya yang ditimpa kemalangan kecil berpunca troli beg ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, Lutfi berkata ia tidak serius dan mereka mampu beraksi malam ini. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...