Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 1 Februari 2011

Aidil Mahu Bahagiakan Rita

01 Janauri 2011


Kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Aidil Zafuan memang sudah diketahui ramai. Semenjak, ibu bapa Aidil membuat pendedahan kepada pihak media, kisah rumahtangga pasangan ini terus-terusan menjadi bualan hangat.

Kemuncaknya apabila Aidil tampil ke Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, bagi memohon permohonan sulh terhadap Rita. Ramai yang menyangka kehadirannya ke mahkamah itu adalah untuk menfailkan perceraian.

Walaupun Aidil menafikan, tetapi ramai yang tidak yakin dengan kenyataannya itu kerana pada November lalu, Rita pula dilaporkan berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nafkah anak dan isteri terhadap suaminya itu. Kedua-dua kes ini bagaimanapun masih belum dibicarakan di mahkamah.
Terkini, Rita dilaporkan sudah berbaik-baik dengan keluarga mentuanya itu pada Khamis lalu apabila ibu dan bapa Aidil itu menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak akibat demam panas.

Namun, kesahihan laporan itu agak diragui kerana Rita sekali lagi dilihat tidak menghadirkan diri pada majlis persandingan adik iparnya, Zaquan Adha dan pasangannya Ayu Raudhah. Mungkinkah sengketa mereka belum berakhir atau ada cerita lain?

Menjawab persoalan itu, Aidil yang ditemui pada majlis persandingan adiknya memberitahu, Rita bukan sengaja tidak mahu menghadirkan diri pada majlis itu sebaliknya isterinya itu harus bersama Rayyan yang masih ditahan wad.

“Bukan dia tidak mahu datang, tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Anak saya masih lagi ditahan di wad akibat demam panas dan sehingga kini (Ahad) suhu badannya masih turun naik. Memang benar hubungan Rita dan keluarga saya sudah pulih seperti yang dilaporkan.

Pada Khamis lalu, emak, ayah dan Rita telah bermaaf-maafan selepas mereka berjumpa di hospital kerana menziarahi Rayyan. Tidak perlulah saya dedahkan di sini perkara yang dibincangkan oleh kedua pihak kerana ia adalah urusan keluarga kami,” ulas Aidil tegas.
Mengulas tentang status hubungannya dengan Rita sekarang ini, Aidil menegaskan dia dan Rita masih lagi pasangan suami isteri yang sah.
“Kami masih lagi pasangan suami isteri yang sah. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bercerai kerana saya sayangkan Rita dan anak saya. Perselisihan faham dalam perkahwinan adalah perkara biasa, dan setakat ini saya masih boleh mengawal keadaan. Bukan kerana orang ketiga dan bukan kerana desakan keluarga,” ulas Aidil yang mempunyai setahun lagi kontrak bersama pasukan Hobin Jang Hobin itu.
Dalam masa yang sama, lelaki berusia 24 tahun ini turut berkongsi harapannya untuk tahun 2011 ini. Menurut Aidil, dia mengharapkan tahun ini kariernya akan bertambah cemerlang dan boleh membantu pasukannya meraih lebih banyak kejayaan.
“Selain itu saya juga berharap tahun ini tidak ada lagi cerita-cerita peribadi yang boleh menjadi bahan gosip kepada umum. Saya mahu bahagiakan isteri, anak, kedua ibu bapa saya dan juga keluarga mentua,” ujar Aidil mengakhiri perbualan.
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008. Perkahwinan itu menimbulkan kekecohan apabila ia tidak mendapat restu keluarga Aidil. Sejak itu, rumah tangga pasangan ini dilihat sering dilanda masalah kerana dipercayai ada campur tangan keluarga.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...