Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 26 Januari 2011

Ayu terima syarat Zaquan

26 Januari 2011


PASANGAN merpati dua sejoli ini mengharapkan ikatan perkahwinan mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat.



MALAM 21 Januari lalu benar-benar menjadi milik pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pasangannya, pemain bolasepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd Radzak.

Usai majlis akad nikah yang menjadi kemuncak sesebuah perkahwinan beberapa jam sebelum itu, mempelai mengatur resepsi yang penuh meriah dan bermakna di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar, Alor Setar.
Bak seorang puteri dan putera dalam cerita dongeng, Ayu, 27, dan Zaquan, 24, tampil menawan dan mempesona ketika tiba di karpet merah sehingga menjadikan semua jemputan terpukau seketika.

Alunan lagu merdu nyanyian Shania Twain, From This Moment yang mengiringi langkah pengantin ke persada pelamin nan indah dengan limpahan cahaya bulan penuh cukup menebarkan suasana romantis pada malam itu.

Dengan mengenakan pakaian pengantin serba putih daripada pereka Rizman Ruzaini, kedua mempelai berarak memasuki ruangan pelaminan yang bertemakan Cerita Puteri Dongengyang menjadi impian si pengantin perempuan.

Ayu turut tampil menawan apabila menggayakan busana berwarna merah jambu dengan sanggul tinggi berhias kuntuman bunga ros bersama vel ketika acara memotong kek sementara Zaquan segak berkot kelabu, juga ilham Rizman Ruzaini.

Pasangan tersebut dinikahkan pada hari yang sama di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah hampir empat bulan bertunang.

Ayu yang berwalikan abangnya, Roshidi, 31, dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis ringkas namun meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan.

Dengan sekali lafaz, Ayu sah sebagai isteri Zaquan dan menerima mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 serta sebentuk cincin berlian.

Tidak lengkap pernikahan tanpa hantaran, mempelai bertukar hantaran perkahwinan dengan tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang berbalas sembilan daripada pengantin perempuan antaranya berisi persalinan, sejadah, telekung, minyak wangi, bunga rampai, kek dan coklat.

Paling istimewa Ayu turut menghadiahkan suaminya sepasang kasut bola berwarna merah lengkap yang bertulis nama mereka.

Wang hantaran bagaimanapun menjadi sesuatu yang cukup rahsia dalam perkahwinan ini apabila kedua pengantin mahupun anggota keluarga menutup rapat mulut mereka daripada memperkatakan tentang perkara itu.
"Biarlah hanya keluarga kami saja yang tahu", kata Ayu sambil tersenyum.

Demikian termeterai sudah percintaan yang disulam lebih setahun lalu dalam diam dengan ikatan perkahwinan dan bermula fasa baru dalam hidup Ayu dan suami tersayang.

Begitu juga dengan status sebagai isteri yang baru disandang itu tidak akan merobah karier Ayu sebagai pelakon.
Namun ada syarat-syarat yang sudah diletakkan oleh si suami demi keharmonian rumahtangga dan kasih sayang mereka sehingga ke akhir hayat.

Atas nama cinta, pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan @ Abu Bakar ini sedia menunaikan syarat tersebut.
Itu bukan sesuatu yang terlalu membebankan, kata Ayu, apatah lagi Zaquan sendiri berjanji tidak akan menghalang hasratnya untuk terus mewarnai dunia lakonan.

"Dia cuma nasihatkan saya bila masuk alam perkahwinan ini kena pandai memilih keutamaan iaitu keluarga. Yang penting jaga tatasusila dan tingkah laku agar tidak menyinggung hatinya dan keluarga.

"Begitu juga dalam pemilihan watak lakonan, walaupun tidak mengatakan secara terperinci namun yang penting lakonan yang tidak menyinggung perasaannya. Dia akan cemburu, katanya. Insya Allah saya tahu batas-batasnya," kata Ayu ketika ditemui di majlis tersebut.

Bergelar isteri cukup membawa makna kepada Ayu kerana dia berjanji komited dengan tanggungjawabnya termasuk melahirkan zuriat untuk suami yang dicintainya.

"Kalau ditakdirkan kami menimang cahayamata dalam masa terdekat kami menerima sepenuh hati. Tetapi ini semua terpulang kepada rezeki," kata Ayu.

Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda daripadanya, Ayu berjanji untuk tidak bersikap 'berkuasa' kerana baginya suami tetap suami yang harus ditaati biarpun dia lebih muda.

"Beza usia tiga tahun ini tidak menghalang kami untuk saling menghormati. Tidak semestinya saya lebih tua daripadanya, dia mesti dengar cakap saya.

"Perbezaan usia ini tidak akan menjadi penghalang kerana masing-masing ada tanggungjawab," tegasnya lagi yang akan menetap di rumah baru yang dibeli Zaquan di Seremban, Negeri Sembilan.

Seperti juga pasangan suami isteri lain yang baru mengikat ikatan perkahwinan, janji untuk berkasih sayang sehingga akhir hayat menjadi ikrar Ayu dan Zaquan.

"Hidup mana yang tidak akan dilanda dugaan baik dalam tempoh berkawan, bercinta, bertunang apatah lagi apabila sudah berkahwin. Apa yang penting kami harus banyak bersabar dan saling mempercayai.

"Biarlah ini perkahwinan pertama dan terakhir kami, dengan harapan kasih sayang ini akan berkekalan," harapnya lagi.

2 ulasan:

Capital N is mine ! berkata...

tahniah..kepada kalian...kak ayu smmgnyer mmpunyai tatasusila yg baik dan sye percaya dy tdak akan menyinggungkan perasaan mne2 pihak...insyaAllah

once again
congratulations...

Aidil Zafuan & Zaquan Adha berkata...

Welcome..
Thank

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...