Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 20 Mac 2014

(Tahniah!!) Aidil Zafuan Sah Bergelar Suami Zareema!

20 Mac 2014 



Alhamdulillah, tahniah kepada Aidil & Zareema yang berjaya membuktikan cinta di hati mereka yang kuat hingga sah bergelar suami isteri pagi tadi sekiar jam 10.50 pagi dan dinikahkan oleh abang Zareema sendiri.
Yang menarik ialah jeritan ‘GOL!!’ yang kedengaran selepas Aidil melafazkan akad oleh rakan-rakan Aidil yang hadir antaranya Nora Danish, Safee Sali & Shahrol Shiro.
Rombongan pengantin lelaki memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh pihak perempuan dan majlis nie berlangsung di rumah keluarga Zareema kat Pandamaran, Kelang. Aidil Zafuan turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM17 ribu kepada isterinya, Zareema.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Aidil & isteri, Zareema. Semoga perhubungan nie berkekalan dan dikurniakan ’1 pasukan pemain bola sepak’ Insyaallah. Hehe.

(17 GAMBAR)Majlis Pernikahan Aidil & Zarema Daripada WunderClique

20 Mac 2014

Cantik-cantik kesemua gambar yang dibidik oleh WunderClique yang merupakan jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Memang pasangan pengantin ini sama cantik dan sama padan. Untuk makluman, Aidil telah memberikan wang hantaran sebanyak RM17,000 kepada Zarema di majlis pernikahan yang telah berlangsung kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang.
gambar pernikahan aidil zarema
Aidil juga turut menghantar 9 dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh Zarema. Turut hadir di majlis pernikahan kedua pasangan ini ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro.
gambar pernikahan aidil zarema
Semoga berbahagia ke akhir hayat buat Aidil dan Zarema. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook WunderClique.
gambar pernikahan aidil zarema

gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema

(Tahniah!!) Sekitar Majlis Resepsi Aidil Zafuan & Zareema!

20 Mac 2014 



Ahad lepas dahpun berlangsung majlis resepsi dua pasangan pengantin baru, Aidil Zafuan & Zareema yang turut dihadiri ramai selebriti tanah air macam Dato Siti Nurhaliza, Mejar (K) David Teo, Nabila Huda, Nora Danish, Wak Doyok, Scha & Awal serta ramai lagi.
Resepsi yang diadakan di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur nie merupakan majlis tetutup untuk rakan-rakan dan sahabat handai kedua-dua mempelai dan dilakukan dalam majlis yang cukup sederhana tapi meriah. Yang paling best bukan je ada persembahan dari Adira tapi jugak dari penyanyi feymes Indonesi, Afgan! Woww!!
Anyway MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar sekitar majlis serta video eksklusif sekitar resepsi tersebut.
Semoga Aidil & Zareema terus bahagia hingga ke syurga. Amin.
Fizo Omar & Mawar.
Tetap komited walaupun tangan cedera~ Adira
Wahh, sweetnya Erin Malek.. Bakal ke tu? Hehe
Afgan y’all!!!

(VIDEO + GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Zainal

20 Mac 2014

Gorgeous sangat-sangat majlis resepsi perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Abang Nara dapat merasai betapa bahagianya pasangan ini apabila menonton video yang merangkumi majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan. Terasa nak menangis pun ada jugak terutama apabila abang Zarema membaca kata-kata harapannya. Sedih jugak.
majlis resepsi aidil dan zarema
Tonton video di bawah yang dibawakan khas oleh Momenthis. Memang meriah sangat-sangat:- http://www.youtube.com/watch?v=KUTwJx1DPLo
Semoga berbahagia buat selama-lamanya kepada Aidil dan Zarema. Selamat melayari bahtera rumah tangga. Tahniah diucapkan sekali lagi atas perkahwinan anda. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook WunderClique dan Instagram Nora Danish.

majlis resepsi aidil dan zarema

majlis resepsi aidil dan zarema
majlis resepsi aidil dan zarema
majlis resepsi aidil dan zarema
majlis resepsi aidil dan zarema
majlis resepsi aidil dan zarema
majlis resepsi aidil dan zarema
majlis resepsi aidil dan zarema
majlis resepsi aidil dan zarema
majlis resepsi aidil dan zarema

Hidup baharu Aidil

20 Mac 2014 

Foto

Letak syarat sebelum sunting Zaremah jadi isteri, mohon restu keluarga
Belajar daripada kisah lalu, Kapten Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 27, kini memulakan hidup baharu bersama isterinya, Zaremah Zainal, 28. Selamat diijab kabul dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pandamaran, Klang, Jumaat lalu, pasangan ini tidak henti-henti memanjatkan doa kesyukuran atas kelancaran majlis.
Tidak menutup kenyataan atau segan mengakui bernikah kali kedua selepas bergelar duda, Aidil dengan rendah hati berterima kasih kepada Zaremah kerana menerima dirinya. Terbit perasaan sayu apabila kedua-dua pasangan ini mengalirkan air mata kesyukuran, ditambah lagi ucapan menyentuh hati abang keempat Zaremah, Datuk Zulhisham pada majlis itu.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital dihttp://subscription.nstp.com.my/

Selebriti Di Sekitar Perkahwinan Aidil Zafuan, Zarema Zainal

20 Mac 2014



Nampak kami letakkan selebriti di hadapan nama Aidil Zafuan & juga Zarema Zainal kerana mereka berdua masih belum masuk senarai selebriti dalam buku kami. Heh. Namun tidak mengapa, anda semua pasti tetap mahu melihat gambar perkahwinan mereka.
Aidil Zafuan yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini telah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Zarema Zainal dengan hanya sekali lafaz pada jam 10.50 pagi pada Jumaat yang lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang. Rombongan pengantin lelaki memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh pihak perempuan.
Menariknya, Nora Danish dan kekasihnya Nedim Nazi dilihat menjadi mereka yang agak penting dalam majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan mereka sepanjang hujung minggu lalu dengan tampil menjadi salah seorang pembawa dulang dan juga pengapit (?).
Resepsi perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Zainal telah diadakan semalam yang turut dihadiri oleh ramai selebriti tempatan termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Awal Ashaari, Scha al-Yahya dan Fizo Omar selain turut mengundang penyanyi Indonesia, Afgan untuk menghiburkan hadirin.
Terima kasih internet untuk semua gambar yang kami temui di’bawah dan juga terima kasih kepada jurugambar yang mengambil gambar sekitar perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Ismail. Terlalu ramai untuk kami sebutkan nama. Terima kasih kali sejuta. Enjoice!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...