Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 20 Mac 2014

Hidup baharu Aidil

20 Mac 2014 

Foto

Letak syarat sebelum sunting Zaremah jadi isteri, mohon restu keluarga
Belajar daripada kisah lalu, Kapten Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 27, kini memulakan hidup baharu bersama isterinya, Zaremah Zainal, 28. Selamat diijab kabul dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pandamaran, Klang, Jumaat lalu, pasangan ini tidak henti-henti memanjatkan doa kesyukuran atas kelancaran majlis.
Tidak menutup kenyataan atau segan mengakui bernikah kali kedua selepas bergelar duda, Aidil dengan rendah hati berterima kasih kepada Zaremah kerana menerima dirinya. Terbit perasaan sayu apabila kedua-dua pasangan ini mengalirkan air mata kesyukuran, ditambah lagi ucapan menyentuh hati abang keempat Zaremah, Datuk Zulhisham pada majlis itu.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital dihttp://subscription.nstp.com.my/

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...