Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 19 Ogos 2013

Aidil Zafuan Ceraikan Rita Rudaini Talak Satu

20 Oogos 2013


Rupa rupanya, ada laporan akhbar menyebut tentang Aidil Zafuan yang menceraikan Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) — dan kejadian ini berlaku petang Ahad sebelum waktu berbuka.
aidil
Laporan Berita Harian hari ini menyebuut yang Rita Rudaini mengesahkan menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka sebelum itu.
Rita Rudaini turut mendedahkan yang antara butiran SMS yang di’terima dari Aidil Zafuan bertulis “Aku ceraikan kau talak satu”.
“Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS,” ujar Rita Rudaini.
“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya”
“Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,” tambahnya lagi yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri.
KB Shouts : selepas dua tahun
sumber : rotikaya

Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan

20 Ogos 2013

Rita Rudaini

MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi,
Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

Zaquan & Rita Rudaini Berperang Di Twitter?

20 Ogos 2013

Rita Rudaini


Umum tahu aktres terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 37 baru sahaja diceraikan oleh suaminya, yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan Abd Razak, 26 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.
Artikel Berkaitan :
Susulan daripada insiden tersebut, Rita telah mengeluarkan kenyataannya di dalam sebuah akhbar tempatan, di mana menurut pelakon wanita itu hanya manusia yang kurang didikan agama sahaja yang sanggup menceraikan isterinya di bulan Ramadhan, serta menganggap tindakan Aidil sebagai satu keputusan yang sangat kejam.
Diceraikan pada bulan Ramadhan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam.
Manusia yang kurang didikan agama sahaja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadhan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 puasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam Lailatul Qadar. Tapi, Aidil tahu ke apa malam Lailatul Qadar?
Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosuder. Dia fikir saya dan anak-anak barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak diperlukan?

Rita Rudaini 3


Rita bersama anak-anak tersayang
Kenyataan Rita itu bagaimanapun telah mendapat perhatian Zaquan Adha, yang juga merupakan bekas adik iparnya. Menurut pemain bola sepak tersebut, Rita seharusnya mencermin dirinya dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan mencabar pelakon wanita berkenaan untuk bersemuka dengannya.
Zakuan Adha
Status Zaquan itu bagaimanapun telah dibidas oleh Rita dan aktres jelita tersebut turut melabelkan bekas adik iparnya itu sebagai seorang yang poyo dan gila glamor.
Rita Rudaini
Dalam pada itu, peminat turut menyokong kenyataan pelakon wanita tersebut, serta menganggap pemain bola sepak itu tidak seharusnya masuk campur urusan rumah tangga Rita dan Aidil. Sebagai keluarga, mereka sepatutnya menasihati Aidil agar menjadi seorang ayah serta suami yang bertanggungjawab dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.
Rita Rudaini 2
Apa pun, sebagai orang luar, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Rita dan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2. Semoga konflik yang berlaku antara pelakon ini dan keluarga Aidil akan dapat dijernihkan.

Rita Rudaini  6

Rita Rudaini 5


Rita Rudaini 4

Perang Status Di Twitter — Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini

20 Ogos 2013




Sebelum ini Rita Rudaini ada keluarkan kenyataan di media akan keputusan Aidil Zafuan menceraikannya melalui SMS pada Ramadan lalu seperti tidak menghormati agama dan disebabkan itu juga dia dan juga keluarganya telah digelar cetek agama.
Kenyataan yang dikeluarkan itu membuatkan kembar Aidil, Zaquan Adhayang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) tidak berdiam diri dan menulis status di laman Twitter yang seakan ditujukan kepada Rita Rudaini.
Zaquan Adha turut mengajak Rita untuk bersemuka kerana di dalam kenyataan Rita sebelum ini, dia telah mengaitkan keluarganya yang turut dituduh cetek agama.
Tambah Zaquan yang juga merupakan suami kepada aktres terkenal, Ayu Raudhah meminta Rita supaya berhenti menagih simpati dan jangan cuba mengheret nama keluarganya pula ke dalam masalah rumah tangga mereka berdua yang tidak berkesudahan itu.
Rita Rudaini dalam masa yang sama menulis melalui akaun Twitter beliau membalas kembali kenyataan Zaquan Adha mendakwa pemain bola sepak itu sengaja mencari publisiti murahan & enggan melayan
#04 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

#03 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

#02 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

#01 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

Aidil Zafuan: Rita Rudaini Tipu Media Untuk Burukkan Saya

20 Ogos 2013




Kalau di’perhatikan, Aidil Zafuan memang jarang memberikan kenyataan kepada media tentang isu rumah tangga beliau bersama Rita Rudaini dan jika ada pun ianya lebih bersifat neutral.
Hari ini melalui Berita Harian, Aidil Zafuan yang di’hubungi wartawan meluahkan perasaan beliau selepas berkali kali menerima ‘serangan’ dari Rita Rudaini menerusi media massa sebelum ini.
Aidil Zafuan berkata yang Rita Rudaini tidak menceritakan perkara sebenar kepada media lebih lebih lagi soal pemberian nafkah anak kerana beliau mempunyai bukti yang boleh di’kemukakan.
“Saya tidka pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan. Semua bukti pemberian nafkah anak ada saya simpan. Sebelum ini, dalam perbicaraan mahkamah, hakim ada tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada anak anak”
“Rita jawab ada tetapi apabila memberikan kenyataan kepada media, dia tidak menyatakan perkara sebenar,” jelas Aidil Zafuan.
“Apabila sudah menyediakan nafkah untuk anak anak, jangan kata nak ucapkan terima kasih, dia boleh pula beritahu nafkah saya beri tidak cukup — berapa banyak yang dia hendak sebenarnya?”
Dalam laporan yang sama, Aidil Zafuan tetap tidak mengiyakan atau menidakkan tindakan beliau menghantar SMS untuk menceraikan Rita Rudaini tetapi “.. apa yang boleh saya katakan, saya sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini — kesabaran saya ada hadnya”

Bahagia berganda Ayu Raudhah

20 Ogos 2013


kebahagiaan dibina bersama Mohd. Zaquan Adha.
MELIHAT kejelitaan Ayu Raudhah Che Wan, mungkin anda juga mengidam kecantikan wajah mulus ini. Sibuk di lokasi tidak menghalangnya menjaga kecantikan.
Sebagai seorang wanita, Ayu yang kini berimej tudung menitik beratkan penjagaan kulit wajah dan badan.
Ternyata Ayu kini masih kekal jelita walaupun bergelar ibu kepada Muhammad Aisy Qaiser.
Apakah rahsia wanita kelahiran Kedah ini?
“Sebagai seorang isteri dan ibu, tentunya kita perlukan tenaga untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Dalam masa yang sama, kita mahu kekal cantik.
“Selepas saya diperkenalkan dengan Amaryllis Premium Collagen (APC), iaitu produk minuman yang dapat membantu meningkatkan kecantikan dan kesihatan tubuh, saya akui suplemen ini dapat memenuhi kedua-dua kehendak saya itu," ujarnya yang telah dilantik menjadi duta APC.
Pada awalnya, Ayu hanya dijemput untuk melancarkan APC.
Selepas berjumpa dengan Ayu, Pengarah Urusan Amaryllis Wellness Spa Sdn. Bhd, Ain Nadia Yusof terpanggil untuk melantik Ayu menjadi duta APC.
“Sebelum ini, kami memang terfikir untuk mencari seorang duta produk. Kebetulan Ayu sudi hadir melancarkan produk tersebut.
Saya lihat Ayu wanita
berkeluarga, bekerjaya dan memiliki sifat kewanitaan," kata Ain Nadia.
Bercerita lanjut mengenai APC, suplemen kolagen ini diambil daripada tulang rawan dan tulang kepala ikan yu.
Kolagen ikan yu ini merupakan gred kolagen premium yang menghasilkan keupayaan membantu merawat dan pelembap paling berkesan berbanding produk berasaskan kolagen ikan tilapia, ikan kap, lembu, kambing dan sebagainya.
Selain kualiti tinggi, kolagen tulang rawan dan tulang kepala ikan yu juga mempunyai kelebihan kerana ikan yu adalah sejenis ikan yang hidup secara semula jadi di laut dan tidak diberi makan pallet seperti tilapia dan ikan kap.
" Ini menjadikan ikan yu kaya dengan zat-zat semula jadi yang diperlukan oleh badan manusia. Ikan yu juga mempunyai nilai ketahanan hidup yang tinggi dan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit.
"Tidak hairanlah kerana ikan yu adalah sumber kolagen yang bermutu tinggi yang bebas daripada penyakit dan bahan kimia. Sekali gus mengandungi protein yang tinggi membantu pertumbuhan tulang dan memperbaharui sel-sel di dalam tubuh manusia," tambah Ain.
Rezeki
Dalam pada itu, Ayu mengakui produk tersebut membantunya menjadi lebih bertenaga walaupun tidak cukup tidur.
“Sebenarnya ini rezeki anak saya. Saya tidak sangka selepas melahirkan anak, saya masih lagi mendapat tawaran sebagai duta.
Alhamdulillah, kolagen ini serasi dengan saya. Saya suka perasa buah-buahan kolagen ini. Malah kolagen ini sesuai untuk ibu yang menyusukan anak," katanya.
Tambah Ayu, dia mendapat kebahagiaan berganda kerana selepas melahirkan anak, tawaran berlakon juga tidak putus-putus saya terima.
“Kebetulan kita lihat sekarang ini banyak watak untuk wanita bertudung. Tetapi jadual lakonan saya agak terbatas kerana saya lebih menumpukan hal keluarga," ujarnya yang balik ke Kedah menyambut raya tahun ini.
Aidilfitri
Berkongsi sambutan Aidilfitri tahun ini, persiapan lebih tertumpu kepada anaknya. Katanya keseronokan itu sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.
Sudah pastinya, anaknya akan menjadi tumpuan saudara-mara.
“Inilah kemeriahan beraya di kampung. Di kampung lebih meriah kerana mood perayaan dapat dirasai di mana jua. Bandar Alor Star yang sunyi dan senyap pada hari-hari biasa pun berubah wajah dengan hiasan dan kehadiran orang ramai," katanya yang menggemari biskut almond London dan cornflakes.
Pada masa yang sama, Ayu memberitahu, dia juga menjalankan perniagaan tudung jenama Padusi bersama dua orang kakaknya, Rozita dan Rubytah.
"Idea menjalankan perniagaan tudung ini timbul apabila ramai yang tertarik dengan rekaan tudung yang dihasilkan Kak Ruby. Akhirnya kami bertiga bersepakat untuk membuka sebuah butik khas menjual pelbagai rekaan tudung.
"Sebenarnya perniagaan ini sudah dijalankan sejak setahun yang lalu dan butik kami ini terletak di Taipan USJ, Subang Jaya.
Namun, kebanyakan rekaan tudung dihasilkan oleh Kak Ruby dan Rozita, manakala saya pula melaburkan modal untuk membuka perniagaan tersebut," ujarnya.
Butik Padusi yang terletak di USJ 10, Subang Jaya Selangor menawarkan kepelbagaian selendang yang kebanyakan dihasilkan daripada sutera satin, sutera crepe dan sifon.
"Kain asas tudung kami beli di kedai-kedai tempatan sekitar Lembah Klang namun untuk hiasan renda saya beli di Dubai kerana banyak pilihan yang cantik-cantik.
"Kebanyakan tudung Padusi untuk wanita yang rajin berhias dan berfesyen. Selendang tidak boleh hanya disarung kerana memerlukan lebih masa untuk melilitnya.
" Namun hasilnya menarik dan sesuai untuk menghadiri majlis makan malam atau digayakan pada Syawal yang mulia ini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130818/hi_01/Bahagia-berganda-Ayu-Raudhah#ixzz2cR4bG0jy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aidil Ceraikan Rita Setelah Tidak Tahan Diburukkan?

20 Ogos 2013

Aidil Ceraikan Rita Setelah Tidak Tahan Diburukkan?


Sumber : Berita Harian
KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Pelbagai pergolakan dan tanda tanya berlaku selepas pelakon, Rita Rudaini diceraikan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razakyang juga pemain pertahanan bola sepak Johor Darul Takzim dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira 3 hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
Namun, selepas perceraian itu, Aidil seakan enggan bersuara atau memberi kenyataan kepada media, tetapi hari ini akhbar Berita Harian dalam sisipan HIP berjaya melaporkan mengenai isi hatinya yang selama ini terpendam.
Aidil berkata dia tidak mahu mengesahkan benar atau tidak bahawa dia ada menghantar SMS untuk menceraikan Rita, sebaliknya menjelaskan dia sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini.
"Apa yang boleh saya katakan, saya sangat terkilan dengan tindakannya yang tidak sudah-sudah memburukkan saya. Tidak cukup dengan itu, Rita juga menghantar SMS yang bukan-bukan kepada saya.
"Kenapa dia tidak bersikap jujur dengan memberitahu perkara sebenar kepada media? Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan," katanya.
Difahamkan, Aidil membuat keputusan untuk bercerai dengan Rita pada 4 Ogos lalu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Menurut Aidil lagi keputusannya menceraikan Rita tiada kaitan dengan gadis yang kononnya dikaitkan sedang bercinta dengannya iaitu Zarema, sebaliknya apa yang dilakukannya itu datang daripada sudut hatinya sendiri.
"Tiada siapa yang mempengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini, dia (Rita) tuduh adik saya Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudah banyak campur tangan hal rumahtangga kami. Kini Zarema pula jadi mangsa.
"Biarlah saya berterus-terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini semuanya lahir dari hati saya sendiri, buat apa saya terus hidup dengan orang yang begitu pentingkan diri sendiri? Saya juga impikan kehidupan berumah tangga yang sempurna seperti orang lain.
"Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban. Setiap kali pulang ke Seremban, saya akan pulang seorang diri iaitu dari mula kami berkahwin sehinggalah apabila sudah ada anak,"luahnya lagi.
Kemelut rumah tangga mereka sudah berlarutan lebih setahun dengan proses perbicaraan di Mahkamah Syariah yang masih belum selesai.
Aidil dan Rita berkahwin pada 28 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

'Cukuplah dia burukkan saya'

20 Ogos 2013

'Cukuplah dia burukkan saya'

Aidil minta Rita tunggu di mahkamah berhubung isu SMS cerai

Kemelut rumah tangga dramatis, Rita Rudaini dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak sudah berlarutan lebih setahun dengan proses perbicaraan di Mahkamah Syariah, belum lagi selesai. 

Sepanjang tempoh itu, baik Rita mahupun Aidil yang bernikah pada 28 Februari 2008, masing-masing bagai ‘berperang’ melalui media massa dengan pelbagai dakwaan lalu menghangatkan lagi krisis mereka. 


Terbaru, dek kenyataan yang dianggap terlalu berani diluahkan Rita dalam sebuah artikel, Aidil dikatakan hilang sabar lalu dilaporkan melafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tiga hari sebelum umat Islam meraikan Aidilfitri.

Sebelum ini Aidil seakan enggan bersuara tetapi ketika dihubungi HIP, Aidil yang berada di Johor Bahru meluahkan isi hatinya yang selama ini terpendam.

HIP: Kenapa Aidil tergamak menceraikan Rita sedangkan ketika itu tiga hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Tidakkah Aidil ada hati dan perasaan atau belas terhadap Rita dan anak-anak?

Ikuti luahan hati Aidil dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ 

Rita Rudaini Vs Zaquan Adha VS Aidil Zafuan

19 Ogos 2013




Umum telah mengetahui Rita Rudaini telah diceraikan oleh Aidil Zafuan pada 27 Ramadan lalu. Berita perceraian pasangan ini mendapat maklum balas yang pelbagai kerana Aidil bertindak menceraikan Rita dengan menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS). Bukan diputuskan oleh mahkamah atau dilakukan secara bersemuka dengan isterinya itu.

Biarpun dalam laporan akhbar sebelum ini Rita ada memberitahu dia redha dengan keputusan bekas suaminya itu, namun pelakon ini sekali lagi tampil menempelak tindakan Aidil yang dianggap kejam kerana menceraikannya hanya beberapa hari sebelum umat Islam meraikan Aidilfitri. Bahkan, luahan perasaan Rita dalam satu laporan akhbar kali ini lebih lantang apabila dia menganggap hanya manusia yang kurang didikan agama sahaja yang sanggup menceraikan isterinya di bulan Ramadhan.

Kenyataan Rita itu bagaimanapun mengundang rasa tidak senang bekas asik iparnya, Zaquan Adha. Kembar kepada Aidil ini tampil membidas Rita melalui akuan twitternya. Entri-entri Zaquan jelas berbaur marah apabila dia meminta Rita jangan membabitkan orang tua dan pihak keluarga. Malah, Zaquan turut meminta Rita bersemuka selain meminta Rita berhenti daripada meraih simpati orang ramai.

Ekoran entri Zaquan itu, Rita membuat serangan balas, apabila melabelkan suami Ayu Raudhah itu gila glamor dan cuba masuk campur urusannya. Mungkin kerana tidak senang dengan situasi ini, Aidil yang lebih suka mendiamkan diri akhirnya tampil membuat kenyataan di akhbar Berita Harian hari ini. Jelas lelaki berusia 26 tahun ini, Rita sebenarnya tidak menceritakan perkara sebenar kepada pihak media terutamanya soal pemberian nafkah. Malah, Aidil juga mendakwa dia mempunyai bukti pemberian nafkah yang boleh dibawa ke mahkamah.
Dalam masa yang sama, Aidil turut memaklumkan dia sudah hilang sabar dengan Rita walaupun enggan mengulas lanjut tentang lafaz cerainya melalui SMS itu.

Rita dan Aidil telah melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 lalu tanpa pengetahuan pihak keluarga. Bagaimanapun, berita pernikahan pasangan ini terbongkar apabila bapa Aidil tampil membuat kenyataan media mengenai 'kehilangan' anaknya itu. Sepanjang tempoh perkahwinan pasangan ini, mereka boleh dikatakan tidak henti-henti dilanda kontroversi sehingga membawa kepada perceraian.

Rita dan Aidil dikurniakan dengan dua cahayamata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia setahun lebih.

 Foto Zaquan & Aidil diambil daripada Facebook

Khamis, 15 Ogos 2013

(13 GAMBAR) Rita Rudaini Berhari Raya Penuh Kemeriahan

16 Ogos 2013


Walaupun mendapat SMS penceraian beberapa hari sebelum Aidilfitri, Rita Rudaini tampak berjaya menyembunyikan kesedihannya dan menyambut kedatangan Syawal dengan meriah. Ditemani dengan 2 orang anaknya, kali ini Rita turut mengadakan rumah terbuka di kampungnya, Perlis.
rita rudaini raya
Semoga Rita terus tabah menghadapi dugaan yang tak putus-putus dalam hidupnya. Mana tahu, Syawal tahun hadapan bakal beraya dengan suami baru. Kalau itu yang terbaik buat Rita, apa salahnya kan? Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini rayarita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
Walaupun mendapat SMS penceraian beberapa hari sebelum Aidilfitri, Rita Rudaini tampak berjaya menyembunyikan kesedihannya dan menyambut kedatangan Syawal dengan meriah. Ditemani dengan 2 orang anaknya, kali ini Rita turut mengadakan rumah terbuka di kampungnya, Perlis.
rita rudaini raya
Semoga Rita terus tabah menghadapi dugaan yang tak putus-putus dalam hidupnya. Mana tahu, Syawal tahun hadapan bakal beraya dengan suami baru. Kalau itu yang terbaik buat Rita, apa salahnya kan? Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini rayarita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya
rita rudaini raya


Selasa, 13 Ogos 2013

(10 GAMBAR) Kemeriahan Hari Raya Ayu Raudhah Dan Keluarganya

13 Ogos 2013

Tahun ini kalau tak silap ialah kali pertama Ayu Raudhah dan Zaquan Adha menyambut Syawal bersama anak mereka. Pastinya keterujaan melanda diri mereka. Abang Nara tahun pertama pun banyak berhabis untuk anak. Beli kasut barulah, baju barulah. Nak pastikan anak nampak bergaya di hari raya.
ayu raudhah raya

Abang Nara suka betul tengok Ayu dan Zaquan ini. Memang sama cantik dan sama padan. Lebih-lebih lagi bila Ayu bertudung. Memang makin terserlah kecantikannya. Bertambah comel apabila kakak Ayu Raudhah, iaitu Rozita Che Wan turut sama menyelitkan diri di dalam adiknya.

ayu raudhah raya

Tak sabar rasanya nak tunggu Aidilfitri tahun hadapan. Boleh tengok Rozita berhari raya dengan suaminya, Zain Saidin. Mesti meriah tak ingat punya. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
ayu raudhah raya
ayu raudhah raya

ayu raudhah raya

ayu raudhah raya

ayu raudhah raya

ayu raudhah raya

ayu raudhah raya

ayu raudhah raya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...