Media Hiburan Online kongsikan foto-foto menarik sekitar majlis baby shower isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, Zarema Zainal yang berlangsung baru-baru ini. 
 
Menerusi foto-foto yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, majlis tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan baiknya termasuklah aktres Nora Danish. 
 
Tahinah Media Hiburan ucapkan kepada Aidil dan Zarema yang bakal menyambut cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi. Semoga Zarema dapat menjalani proses bersalin dengan selamat serta melahirkan cahaya mata yang comel dan sihat.