Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 21 Februari 2014

Foto : Ayu Raudhah Ke Mekah, Bawa Keluarga Tunai Umrah

22 Februari 2014

Foto : Ayu Raudhah Ke Mekah, Bawa Keluarga Tunai Umrah
Memandangkan sekarang merupakan musim menunaikan umrah, maka ramai jugalah selebriti tempatan yang mengambil peluang untuk turut melakukan ibadah.
Jika pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh serta Rabecca Nur Al-Islam sudah pun pulang dari mengerjakan umrah, kini giliran Ayu Raudhah pula menjejakkan kaki ke sana.
Untuk pengetahuan anda, pelakon dan juga adik kepada dramatis terkenal, Rozita Che Wan itu telah bertolak ke Jeddah sejak dua hari lepas.
Foto : Ayu Raudhah Ke Mekah, Bawa Keluarga Tunai Umrah
Zaquan Adha bersama ibu dan bapanya
Apa yang lebih manis, Ayu tidak hanya pergi berdua bersama suami tercinta tetapi kedua ibu dan bapa mertuanya juga dibawa bersama.
Dan tanpa disangka, pasangan ini turut terserempak dengan ahli perniagaan muda popular, Dato’ Aliff Syukri Terlajak Laris yang secara kebetulan mengikuti rombongan umrah yang sama dengan mereka.
Menerusi foto-foto di laman sosial, Ayu kelihatan cukup bertenaga dan ceria sepanjang berada di sana walaupun kini kandungan keduanya sudah memasuki usia enam bulan.
Semoga ibadah yang dilakukan oleh Ayu, Zaquan dan keluarganya diberkati dan mendapat umrah yang mabrur. Apapun jom tengok foto-foto mereka di bawah ini.

(10 GAMBAR)Seri Bakal Pengantin, Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal

22 Februari 2014

Nampaknya semakin giat persiapan perkahwinan yang sedang dilakukan oleh Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Kalau tak silap Abang Nara, mereka berdua bakal disatukan bulan hadapan. Antara persiapan yang telah dilakukan ialah “fitting” baju pengantin dan mencuba makanan yang bakal disajikan pada hari perkahwinan. Pasti mereka berdua sedang excited tak ingat.
aidil zafuan dan zarema
Apa yang pasti Abang Nara lihat wajah Aidil dan Zarema makin berseri-seri dengan semakin hampirnya majlis perkahwinan mereka. Memang seri bakal pengantin sungguh. Di pandangan Abang Nara, mereka berdua memang nampak secocok. Bak pinang dibelah dua. Muka pun ada seiras. Tak gitu?
aidil zafuan dan zarema
Apa pun sama-samalah kita doakan agar segala persiapan berjalan lancar buat Aidil dan Zarema. Tak sabar nak melihat mereka bersanding kelak. Walaupun pernah berkahwin sebelum ini, ini adalah kali pertama Aidil akan berada di atas pelamin. Mesti kacak dan macho. Lagi beberapa gambar bakal pengantin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zarema
aidil zafuan dan zarema

Aidil Zafuan dilantik kapten Harimau Malaya

22 Februari 2014


'Tak jejas persiapan tanpa Mat Yo'

22 Februari 2014

BARISAN pemain skuad Harimau Malaya gigih menjalani latihan di padang Wisma FAM di Kelana Jaya semalam menjelang aksi persahabatan menentang Filipina 1 Mac nanti.


JURULATIH Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee tidak melihat ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha bakal memberikan masalah kepada jentera serangan pasukan bimbingannya menjelang aksi persahabatan menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac nanti.
Ini kerana, Kim Swee yakin ketiadaan Norshahrul yang juga dikenali sebagai ‘Mat Yo’, bakal memberikan ruang terbaik buat penyerang Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bobby Gonzales untuk mengisi kekosongan tersebut.
Jelas pengendali kelahiran Melaka itu, beliau memiliki perancangan untuk memanggil mana-mana pemain biarpun masih bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) masih tidak kelihatan selepas tiga hari ketiga sesi latihan Harimau Malaya berlangsung.
Tambah Kim Swee, beliau percaya kemampuan dan kredibiliti empat penyerang, Safee Sali, Ahmad Fakhri Saarani dan Baddrol Bakhtiar yang mampu menjalankan tugas dengan baik selain Bobby.
“Bagi saya, sesiapa yang tidak hadir untuk menyarung jersi kebangsaan, bermakna mereka tidak berminat walaupun mempunyai alasan tersendiri untuk menolak panggilan menyertai latihan.
“Yang mustahak, tugas untuk negara harus diberikan keutamaan. Saya tidak mempunyai masalah dengan ketiadaan Mat Yo sebagaimana saya katakan tadi, kita mempunyai Bobby, Safee, Fakhri dan Baddrol untuk mengisi kekosongan tersebut.
“Bagi saya, ini adalah peluang terbaik buat Bobby. Ketiadaan Mat Yo, kemungkinan besar dia akan digandingkan bersama Safee mahupun Fakhri atau Baddrol.
“Jadi, sesiapa yang akan diturunkan ketika aksi menentang Filipina nanti, harus menunjukkan prestasi yang baik sebelum saya membuat keputusan siapa yang bakal dalam senarai untuk ke UAE (Emiriah Arab Bersatu) bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan menentang Yemen pada 5 Mac nanti.
“Buat masa ini, tiada lagi dalam perancangan saya untuk memanggil sesiapa. Jadi, senarai (pemain) yang saya ada sudah cukup terutama bahagian pertahanan. Tiada sebab untuk saya memanggil pemain lain kecuali kecederaan yang serius menimpa pemain-pemain ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang latihan Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Dalam perkembangan lain, Kim Swee sempat memuji komitmen dan kesungguhan barisan pemain skuad Harimau Malaya yang gigih menjalani latihan untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Asia menentang Yemen nanti.
“Saya nampak peningkatan sedikit demi sedikit terutama daripada segi sikap pemain dan mereka telah memberikan kerjasama yang cukup baik.
“Saya berharap komitmen seperti ini terus dikekalkan kerana kita hanya memiliki kurang 10 hari sahaj lagi sebelum aksi persahabatan menentang Filipina,” tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2u0ZhLpK8 
Hakcipta terpelihara 

Aidil kapten baharu Harimau Malaya

22 Februari 2014


Aidil Zafuan Abdul Razak

PETALING JAYA - Aidil Zafuan Abdul Razak dipilih sebagai kapten Harimau Malaya terbaharu manakala penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat dipilih sebagai penolong ketua pasukan.
Kedua-dua mereka dipilih bagi membantu membimbing pasukan negara pada perlawanan persahabatan menentang Filipina dan perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yaman di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Jurulatih sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata, pemilihan Aidil dibuat selepas mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan sebulat suara daripada pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.
Beliau berkata, pemilihan itu dilakukan atas beberapa faktor termasuk kekerapan bermain dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan selain memiliki ciri-ciri seorang pemimpin di dalam padang.
"Aidil merupakan seorang pemain yang selalu bersuara di dalam padang dan sentiasa mengingatkan rakan pasukan mengenai perkara yang perlu dilakukan di dalam pasukan.
"Selain itu dia turut memiliki personaliti yang baik di luar padang termasuk hubungan baik bersama rakan-rakan sepasukan, begitu juga dengan Apek (Khairul Fahmi).
"Saya berharap para pemain lain dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka berdua," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya di sini hari ini.
Sementara itu, Kim Swee turut memanggil seorang lagi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Asraruddin Putra Omar bagi menggantikan Mohd. Razman Roslan (Pahang) yang mengalami masalah hamstring.
"Saya panggil Asraruddin untuk menggantikan Razman kerana dia mengalami kecederaan dan terpaksa berehat selama dua minggu," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata para pemain Selangor dan Kelantan yang terlibat dengan pertandingan di peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan dilepaskan pada 23 Februari untuk beraksi bersama pasukan masing-masing.
Katanya, selepas tamat persaingan Piala AFC, para pemain itu akan kembali menyertai sesi latihan bersama Harimau Malaya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140221/su_03/Aidil-kapten-baharu-Harimau-Malaya#ixzz2u0YznXCb
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...