Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 28 Oktober 2014

Ugut Bunuh : Aidil Zafuan Sokong Rita Rudaini Buat Laporan Polis

28 Oktober 2014

Screen Shot 2014-10-14 at 11.15.57 AM
Mesti ramai dah sedia maklum Rita Rudaini baru-baru ini menerima ugutan bunuh dek kerana bekas suaminya, Aidil Zafuan memuat naik screenshot pembayaran nafkah anak di laman Instagramnya.
Khuatir berlaku perkara yang tidak diingini kepada dirinya serta anak-anak, Rita telah membuat laporan polis terhadap pengikut Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ itu.
Menerusi laporan mStar Online, Aidil bagaimanapun melahirkan rasa terkilannya kerana dituduh tidak mengambil serius tentang ugutan bunuh itu hanya kerana dia tidak menyekat komen berkenaan.
Screen Shot 2014-10-14 at 10.42.23 AM
“Saya sibuk dengan kerja, tak mungkin saya ada masa untuk membaca kesemua komen di Instagram. Cuma apabila saya terbaca, diakui memang saya terkejut kerana individu itu berani memberi komen seperti itu.
Dan baru-baru ini saya telah buang komen berkenaan. Tetapi takkanlah perkara ini pun jadi salah saya? Hanya kerana saya tidak membuang komen itu.”
Walaupun begitu, Aidil tetap menyokong tindakan Rita membuat laporan polis kerana menganggap perkara tersebut bakal mengancam keselamatan Rita dan anak-anak.
Screen Shot 2014-10-14 at 10.43.31 AM
Dalam pada itu, Aidil turut mengulas mengenai dakwaan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Jumaat lalu yang Rita tidak pernah menuntut cerai terhadapnya.
“Saya tidak faham dengan permainan dia. Kenapa dia tidak sudah-sudah mahu mencari kesalahan dan mengaibkan saya. Apa lagi yang dia mahu?
Kalau nak diikutkan, ketika kami masih suami-isteri, sudah lebih dua kali dia minta cerai daripada saya. Semakin saya diam, semakin menjadi-jadi pula tuduhan dia. Jangan sampai saya bersikap tegas dengan mengambil tindakan terhadap setiap tuduhannya itu.”
Kredit foto: Instagram Aidil Zafuan


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...