Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 31 Oktober 2014

Tiada istilah rakan di atas padang, kata kapten JDT, Pahang

1 November 2014


KETUA pasukan JDT dan Pahang, Safiq Rahim (kiri) dan Razman Roslan bersama piala keramat, Piala Malaysia ketika sidang media sempena perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Tiada istilah rakan di atas padang. Itulah yang menjadi pegangan kedua-dua kapten Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada pertemuan final Piala Malaysia di Bukit Jalil, esok.
Pernah beraksi bersama ketika menyarung jersi Selangor, Safiq Rahim yang mengemudi JDT dan Razman Roslan, Pahang memasang tekad membawa pulang trofi utama itu sebagai hadiah kepada peminat masing-masing.
"Kami berada dalam pasukan berbeza ketika ini dan masing-masing memiliki tugas tersendiri untuk membantu pasukan," kata Safiq.
"Sesiapapun selaku pemain, mereka mahu menang namun dan sasaran kami, JDT adalah untuk memenangi piala ini," kata Safiq yang belum pernah memenangi Piala Malaysia sebagai koleksi kejuaraan.
Bagi Razman yang dikhabarkan akan meninggalkan Pahang musim depan, perlawanan menentang JDT dianggap antara perlawanan paling menarik untuk disaksikan.
"Selaku pemain profesional, kami mempunyai tanggungjawab masing-masing dengan pasukan.
"Bagi saya, pindah atau tidak bukan masalah utama kerana sebagai pemain, sikap profesional itu penting dan perkara seperti itu tidak mengganggu tumpuan kami pada final kali ini."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...