Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 28 Oktober 2014

Foto Aidil Zafuan & Zarema Honeymoon Di Legoland JB

28 Oktober 2014

Screen Shot 2014-10-23 at 10.30.46 PM
Tidak. Kami bukan nak cerita mengenai tuntutan nafkah anak-anak oleh bekas isterinya, Rita Rudaini. Itu kami akan update perkembangannya kemudian apabila ada sebutan kes.
Kali ini kami nak kongsikan dengan anda semua momen-momen indah Aidil Zafuan dan isteri kesayangannya, Zarema Zainal yang sedang menikmati ‘babymoon’ mereka. Yelah, kan mereka sekarang sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung.
Apa yang lebih menarik, menerusi foto-foto yang kami terima, mereka bukan pergi berdua sahaja. Tapi turut disertai pasangan selebriti yang tak kurang meletupnya iaitu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kata kembar, kemana pun mesti nak bersama. Hehe.
zarema dan aidil
Bukan main seronok mereka semua di sana ya. Tengok macam ibu bapanya pula yang excitedberbanding anak-anak kecil Ayu dan Zaquan.
Mana taknya, bila ada masa free macam ini lah mereka nak merapatkan hubungan kan. Kalau tak, mesti Aidil dan Zaquan sibuk beraksi di atas padang je. Apa tunggu lagi, jomlah kita intai apa lagi aktiviti yang mereka buat di Legoland.
Kredit foto: Instagram Ayu Raudhah & Aidil Zafuan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...