Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 31 Oktober 2014

Apam Manis, #AwakKatMana? – Aidil Zafuan Cari Ni

1 November 2014

LENSA INSTA
Screen Shot 2014-10-30 at 11.51.46 AM
Bagi seorang wanita, detik-detik bergelar ibu adalah saat yang paling dinantikan, betul tak? Terutama bila mengidam sesuatu, pasti encik suami akan tunaikan.
Seronok betul kami lihat cara Aidil Zafuan melayan isterinya, Zarema Zainal yang sedang sarat mengandung anak sulung mereka. Iyalah, siapa tak sayang bini oii.
Mengidam punya pasal, Aidil sempat bertanya pada pengikut Instagram jika ada sesiapa yang ingin ke Jakarta. Nak kirim murtabak manis katanya. So sweet!
Screen Shot 2014-10-30 at 11.52.46 AMScreen Shot 2014-10-30 at 11.52.57 AM
Tapi, yang lucunya, ramai yang tertanya-tanya sama ada yang di idamkan Zarema itu murtabak atau apam balik manis. Kalau lihat pada foto yang dimuat naik, rasanya apam balik.
Tiba-tiba Instagram Aidil jadi medan perdebatan pengikutnya yang tak bersetuju apam balik manis dipanggil murtabak. Haha, macam-macam ragam! Kami pun tergelak membacanya.
Screen Shot 2014-10-30 at 11.54.43 AM
Namun, kami respect dengan keprihatinan masyarakat Malaysia yang tak lokek untuk berkongsi lokasi di mana Aidil boleh mendapatkan makanan tersebut.
Apapun, tak kisahlah murtabak atau apam balik, yang penting Aidil dapat menunaikan hajat isteri kesayangannya itu. Semoga berjaya Aidil!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...