Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 5 Ogos 2014

Belum Ada Bayangan Kesebelasan Utama Skuad Harimau Malaya Menentang Tajikistan

05 Ogos 2014

Jurulatih, Dollah Salleh (empat, kanan) memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain sebelum memulakan sesi latihan pertama beliau bersama pasukan bola sepak kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto BERNAMA.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh masih belum memberi bayangan senarai nama kesebelasan utama skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Dushanbe pada 8 Ogos ini.

Dollah ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pertama bersama 23 pemain, juga tidak memberi sebarang petunjuk sama ada akan mengekalkan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak sebagai kapten pasukan.

"Bagi saya kesemua 23 pemain adalah kesebelasan utama, cuma dalam masa beberapa hari ini kita akan tentukan siapa pilihan kesebelasann utama untuk bermain menentang Tajikistan.

"Masa adalah terlalu singkat untuk latihan buat masa sekarang, kita hanya ada tiga hari sahaja lagi bagi jalani latihan pusat. Selepas itu pada Isnin bertolak ke Tajikistan," katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dollah berkata walaupun waktu bagi jalani latihan sudah singkat namun beliau melihat para pemain sudah mencapai tahap sehingga 80 peratus bersedia.

Beliau tidak mahu menjadikan kekangan masa sebagai alasan kepada tahap prestasi pemain.

"Memang ada perasaan risau dengan lawan kita sebab ranking mereka adalah lebih baik berbanding kita namun jika pasukan saya dapat ikut apa yang diajar saya, segalanya tidak mustahil," katanya.

Seramai 23 pemain yang diumumkan sebelum ini akan ke Tajikistan bagi menghadapi perlawanan persahabatan tersebut namun tanpa Muhd Bunyamin Omar yang mengalami kecederaan lutut terpaksa diganti oleh Ronny Harun.

Perlawanan ini adalah sebahagian daripada rangka persediaan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala AFF Suzuki bermula November ini.

Sebagai ketua jurulatih baharu, Dollah berharap beliau mampu memberikan sedikit perubahan dari segi corak permainan kepada skuad pimpinannya itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...