Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 11 Jun 2014

Peminat Larang Rita Masuk Campur Urusan Zaquan & Ayu Raudhah!

11 Jun 2014

Ekoran skandal melibatkan Zaquan Adha dan beberapa orang gadis yang sedang diperkatakan sekarang, rata-rata peminat Rita Rudaini melarang aktres tersebut dari memberikan sebarang kenyataan.

Malah para peminat Rita juga turut memohon agar pelakon jelita yang juga bekas isteri kepada kembar Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan supaya berdiam diri serta mengunci mulut jika diajukan pertanyaan berhubung isu tersebut.

Peminat Rita Rudaini bersikap demikian kerana bimbang pelakon pujaan mereka itu ‘digunakan’ pihak media atau pihak ketiga yang mahu melaga-lagakan dia dengan bekas birasnya, Ayu Raudhah.

Ada juga peminat yang mahu Rita Rudaini membaca sahaja komen-komen mengenai isu skandal Zakuan Adha itu tanpa membalas semula komen mereka.

Namun, kebanyakan mereka menganggap bahawa isu skandal tersebut sebagai satu pembalasan terhadap Ayu Raudhah kerana mereka mendakwa adik kepada aktres Rozita Che Wan itu pernah cuba mencampuri urusan rumahtangga Rita dan Aidil sewaktu rumahtangga mereka bergolak tidak lama dahulu.

Astro Gempak sertakan 'screenshot' yang memaparkan komen sebahagian peminat Rita yang diambil daripada Instagram pelakon cantik itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...