Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 26 Jun 2014

Misi hidup mati Johor DT - Aidil Zafuan

26 Jun 2014

Luciano Figueroa (kiri) akan menjadi sandaran Johor DT pada aksi menentang Sarawak malam esok.


AKSI penutup musim Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam saingan Liga Super 2014 menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam esok diibaratkan seperti misi hidup dan mati bagi pasukan Harimau Selatan itu.
Dengan hanya kelebihan satu mata ke atas pencabar terdekat, Selangor, Johor DT sudah pasti tidak rela peluang terbaik merangkul gelaran liga buat kali pertama terlepas begitu sahaja daripada genggaman mereka.
Justeru, kapten Johor DT, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak (gambar kecil) menyeru rakan-rakan sepasukannya supaya bermain bermati-matian mencari kemenangan ke atas Sarawak malam esok agar reputasi Harimau Selatan sebagai pencabar utama saingan Liga Malaysia diterjemahkan dengan menjulang trofi sebagai juara.
"Sudah tentu kami mahu menang pada aksi terakhir nanti dan saya jamin rakan-rakan sepasukan juga tahu ia peluang terbaik bagi kami bergelar juara.
"Peluang ini (bergelar juara) bukan selalunya datang, jadi saya mahu semua rakan yang lain termasuk juga saya agar beraksi sebaik mungkin untuk menang ke atas Sarawak, sekali gus mengelak daripada mimpi ngeri berulang kembali," jelas Aidil kepada Kosmo! semalam.
Meskipun lawan mereka, Sarawak tewas 0-3 kepada Selangor pada Sabtu lepas, Aidil sedar bahawa perlawanan tersebut bukan ukuran sebenar buat pasukan Ngap Sayot itu.
Sebaliknya, kapten skuad kebangsaan itu turut mengakui Johor DT harus lebih berwaspada dengan kebangkitan yang mungkin akan dipamerkan pasukan tuan rumah nanti rentetan daripada kekalahan mereka kepada Selangor hujung minggu lalu.
"Sarawak kalah 0-3 kepada Selangor ketika mereka beraksi di gelanggang lawan (Stadium Shah Alam), jadi ia suasana yang berbeza apabila bertemu di gelanggang mereka nanti.
"Namun, saya tidak mahu terlalu fokus terhadap pasukan Sarawak mahupun Selangor kerana apa yang penting sekarang ialah konsentrasi kami terhadap pasukan dan diri sendiri sahaja," katanya lagi.
Begitupun, bekas pemain Negeri Sembilan itu turut meluahkan rasa gembiranya dengan kemenangan ke atas Kelantan tempoh hari yang menyaksikan moral pasukan Harimau Selatan kini berada pada tahap terbaik selepas tumpas kepada 1-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) minggu lalu.
"Kemenangan ke atas Kelantan semakin menguatkan moral kami, ditambah pula dengan sokongan peminat.
"Jadi, saya beri jaminan kami akan memburu kemenangan di Kuching nanti."


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz35ky25sPi 
Hakcipta terpelihara 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...