Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 26 Jun 2014

Gagal Hadir Ke Mahkamah, Aidil Diperintah Bayar RM300 Kepada Rita

26 Jun 2014

gagal hadir ke mahkamah aidil diperintah bayar rm300 kepada rita

Sumber oleh Berita Harian
PETALING JAYA, 26 JUN 2014: Pemain pertahanan skuad bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan telah diperintah oleh mahkamah supaya membayar RM300 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini, selepas dia gagal hadir untuk prosiding perbicaraan permohonan tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, semalam.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah, selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, yang mewakili Rita selaku plaintif, yang memohon satu kos dikenakan ke atas Aidil berikutan ketidakhadirannya ke mahkamah kerana berada di Kuching, Sarawak atas urusan kerja.
Aidil semalam berada di Kuching bagi mewakili pasukannya bertemu pasukan Sarawak untuk perlawanan terakhir Liga Super Malaysia 2014, yang menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim muncul juara.
Kegagalan Aidil untuk hadir juga menyebabkan kes itu yang sepatutnya disambung dengan soal balas peguam plaintif terhadapnya tertangguh.
“Sepatutnya defendan (Aidil) perlu beri komitmen dalam kes ini walaupun ada arahan daripada majikan (untuk menyertai perlawanan bola sepak). Tapi, perlu diingat kehadiran dalam kes ini adalah atas perintah mahkamah.
“Perlawanan bola sepak itu diadakan pada sebelah malam dan prosiding ini berlaku pada waktu siang, sepatutnya majikan perlu ambil inisiatif untuk sediakan penerbangan lewat bagi membolehkan defendan hadir. Alasan remeh temeh menyebabkan kes tertangguh. Justeru, saya harap defendan dapat berikan komitmen selepas ini,” katanya.
Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan soal balas terhadap defendan dan meneruskan kes dengan soal semula peguam defendan terhadap defendan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...