Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 15 Jun 2014

Dakwaan suami curang: Ayu tidak tertekan

15 Jun 2014

KUALA LUMPUR 9 Jun - Pelakon Ayu Raudhah, 30, berasa tidak tertekan apabila suaminya, Zaquan Adha, 27, didakwa berlaku curang terhadap dirinya.
Menurut Ayu, hubungannya bersama suami masih utuh dan bahagia.
"Kami masih baik bersama. Tiada apa yang berlaku. Saya masih lagi berada dalam pantang. Lagi 14 hari habislah.
"Berkenaan dakwaan bahawa suami saya curang dengan perempuan lain menerusi aplikasi WeChat, itu tidak benar. Saya sudah tahu sejak semalam lagi. Suami sudah maklumkan perkara itu kepada saya dan kami sudah pun berbincang mengenainya.
"Pengenalan diri yang digunakan dalam aplikasi WeChat bukanlah milik Zaquan. Saya tahu akaun WeChat Zaquan dan gambar yang digunakan dalam aplikasi tersebut juga berbeza," katanya kepada Utusan Online.
Sebuah portal hiburan hari ini menyiarkan laporan bahawa Zaquan telah berlaku curang kepada Ayu dan sering berbalas mesej dalam aplikasi WeChat dengan seorang wanita.
Tambah Ayu, dia juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba memusnahkan rumah tangga mereka.
Ayu Raudah yang juga adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha pada 20 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka berdua dikurniakan dua anak lelaki Muhammad Aisy Qaiser, 1, dan Muhammad Aisy Aryann yang berusia sebulan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140609/hi_06/Dakwaan-suami-curang-Ayu-tidak-tertekan#ixzz34hA7XB7I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...