Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 26 Jun 2014

Aidil Zafuan Gagal Hadir ke Mahkamah, Didenda RM300

26 Jun 2014

Kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, diperintah membayar RM300 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini, selepas gagal hadir prosiding perbicaraan permohonan tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini, semalam.
Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah, memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, yang mewakili Rita selaku plaintif, yang memohon satu kos dikenakan ke atas defendan berikutan ketidakhadiran ke mahkamah kerana berada di Kuching, Sarawak atas urusan kerja.
Kegagalan Aidil yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) untuk hadir juga menyebabkan kes itu yang sepatutnya disambung dengan soal balas peguam plaintif terhadapnya tertangguh.
“Sepatutnya defendan (Aidil) perlu beri komitmen dalam kes ini walaupun ada arahan daripada majikan (untuk menyertai perlawanan bola sepak). Tapi, perlu diingat kehadiran dalam kes ini adalah atas perintah mahkamah.
“Perlawanan bola sepak, malam (malam tadi) dan kes ini siang (semalam), sepatutnya majikan perlu ambil inisiatif untuk sediakan penerbangan lewat bagi membolehkan defendan hadir. Alasan remeh temeh menyebabkan kes tertangguh. Justeru, saya harap defendan dapat berikan komitmen selepas ini,” katanya.
Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan soal balas terhadap defendan dan meneruskan kes dengan soal semula peguam defendan terhadap defendan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...