Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 4 Mei 2014

Ayu Raudhah Selamat Bersalin Hero Kedua, Tahniah Zaquan!

05 Mei 2014

ayu raudhah selamat bersalin hero kedua tahniah zaquan

KL, 4 MEI 2014: Heboh bila baru-baru ini Rozita Che Wan yang baru berkahwin itu dilaporkan hamil, namun begitu Ayu Raudhah, adik kepada pelakon sensasi itu pula diberitakan selamat melahirkan anaknya yang kedua pada 2.15 petang Jumaat lepas, 2 Mei 2014.
Menggunakan kecanggihan teknologi di hujung jari, Ayu menerusi laman instagram miliknya berkongsi kegembiraan dengan kelahiran bayi lelaki seberat 2.73 kg dan bersyukur kerana selamat dan berada dalam keadaan yang sihat.
Di samping itu, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha ini juga turut melahirkan rasa gembira dan syukur dengan kelahiran cahaya mata yang kedua dimana telah menambah lagi bilangan hero dalam keluarga yang dibina dengan Zaquan Adha pada Januari 2011.
“ALHAMDULILLAH BERKAT DOA DR KELUARGA KWN2 DAN KALIAN SMEUA… PD JAM 2.15 PTG AYU SELAMAT MELAHIRKAN BABY BOY SEBERAT 2.73 KG ALHAMDULILLAH SYUKUR SYUKUR SYUKUR…”
Bayi kedua yang belum lagi namanya dikongsi dengan umum itu memiliki seorang abang yang berusia lebih kurang setahun Muhammad Aisy Qaiser yang lahir pada 29 Mac 2013.
Ada sedikit trivia yang menarik perhatian ingin Murai kongsikan tentang kelahiran kedua-dua hero pasangan ini iaitu kedua-duanya lahir pada petang Jumaat manakala waktu kelahiran cuma berbeza 2 minit iaitu Aisy Qaiser pada 2.17petang manakala adiknya 2.15 petang. Tahniah buat Ayu dan Zaquan atas rezeki kurniaan Allah SWT. Amin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...